Lagi mudah ingat, KKM atau KPM boleh tiru 'Jingle' dari Hong Kong bantu kanak-kanak tempuhi musim panas


  • Massa
  • Ahad, 25 Ogos 2024

'Jingle' yang diterbitkan untuk menjadi garis panduan dan medium pendidikan sebagai persediaan bagi kanak-kanak ketika berdepan bencana alam. — Agensi

GELOMBANG haba dan keadaan cuaca tidak menentu di Malaysia kini di tahap membimbangkan memandangkan negara berada dalam musim monsun barat daya sejak 17 Mei lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Julai lepas menjangkakan taburan hujan yang rendah berterusan bermula fasa peralihan monsun sekali gus akan menyebabkan cuaca lebih panas dan kering hingga pertengahan September depan.

Beberapa bandar dan kawasan di Semenanjung Malaysia pernah mencatatkan cuaca panas tahap dua dengan kebiasaan suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

BACA LAGI: Beri elaun seperti negara Eropah pupuk amalan berbasikal ke tempat kerja

BACA LAGI: [VIDEO] Suami kematian isteri di Disney World gagal saman sebab langgan Disney Plus

2042644

Cuaca terlampau panas boleh menyebabkan seseorang itu dehidrasi. — Gambar hiasan

Namun, situasi itu ternyata bukan hanya berlaku di Malaysia bahkan di negara seluruh Asia terutamanya utara dan tengah China.

Pada Jun lalu, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) China memberi amaran selepas mengesan suhu panas mencecah 43 darjah Celsius yang memberi kesan terhadap bekalan tenaga, pengeluaran tanaman dan kesihatan orang awam.

Susulan itu, pihak bertanggungjawab giat berusaha memberi kesederan kepada rakyatnya lebih-lebih lagi kepada golongan kanak-kanak untuk sentiasa mengekalkan tahap kesihatan diri.

Dalam usaha itu, antara daerah besar di China iaitu Hong Kong mengambil langkah memperkenalkan 'jingle' menarik berjudul Mari Kekal Sejuk dan Hidrasi yang sesuai bagi usia bawah 12 tahun.

Bagi yang tertanya-tanya, 'jingle' adalah sejenis audio atau lagu untuk mempromosikan sesuatu jenama atau kempen.

'Jingle' atau lebih mudahnya dipanggil sebagai lagu iklan itu juga kebiasaannya berdurasi maksimum dua minit bagi memudahkan pendengar menghadam dan mengingati lirik.

Disebabkan itu, pengarang Hong Kong, Martha Keswick melihat potensi untuk memanfaatkan lagu menarik sebagai medium dalam pendidikan.

Keswick yang juga pengasas Yayasan Keswick memulakan langkah dengan mencipta beberapa siri buku digital berjudul Cope.

Cope dihasilkan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang kepentingan mengurangkan risiko bencana alam dengan mudah dalam 15 bahasa antaranya Inggeris, Sepanyol, Cina, Urdu, Indonesia dan banyak lagi.

Siri itu juga diterbitkan meliputi kandungan berhubung bencana alam seperti gempa bumi, kebakaran hutan, taufan serta cara menanganinya secara visual dan menarik.

Memanfaatkan terbitan tersebut, Keswick kemudiannya menghasilkan lagu iklan yang menyeronokkan dan mudah dinyanyikan berulang kali oleh kanak-kanak.

Screenshot (3073)

Antara buku yang diterbitkan secara fizikal dan juga digital di laman web Cope. — Agensi

Lebih menarik apabila ia diterbitkan dalam bentuk video di YouTube dan laman web Cope dengan ilustrasi-ilustrasi menarik untuk tontonan kanak-kanak.

"Kebanyakan penyelidikan sering membuat analisis tentang bagaimana membuat ayat singkat untuk tarik perhatian pendengar tetapi tidak menyedari bahawa versi ulangan pada korus adalah lebih penting," katanya.

Justeru, 'jingle' dicipta di bawah siri Cope itu dilihat membantu kanak-kanak negara tersebut untuk memahami langkah dan perkara penting perlu dilakukan ketika cuaca panas.

Baginya, memupuk kesedaran seawal itu adalah penting kerana percaya bahawa golongan muda boleh mempengaruhi komuniti secara efektif.

Melalui pendekatan inovatif sedemikian, pihak Cope turut mengembangkan siri 'jingle' yang merangkumi pelbagai bencana alam lain menerusi televisyen dan radio.

Berdepan dengan situasi sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau pihak penerbitan Malaysia boleh mengambil inisiatif tersebut untuk bekerjasama dalam memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram