Jemaah Islamiyyah Indonesia akhirnya dibubarkan


  • Benua
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Jemaah Islamiyah terlibat dalam insiden pengeboman di Bali pada 2002.

GERAKAN Jemaah Islamiyah (JI) yang pernah menggemparkan dunia menerusi insiden pengemboman Bali pada 2002 mengumumkan pembubarannya pada Khamis.

Pengumuman itu dibuat yang dikeluarkan oleh 16 ahli gerakan tersebut mengenai tindakan menamatkan segala ajaran berkaitan jaringan ekstremis tersebut.

Dalam video tersebut, para pimpinan JI membuat keputusan untuk kembali taat setia kepada Indonesia.

BACA LAGI: [VIDEO] Bunga api hilang kawalan cemari Hari Kebangsaan AS, penonton cedera

BACA LAGI: [VIDEO] Taufan Beryl: Naib Presiden Venezuela cedera, 7 maut

"Hasil sebulat suara para pemimpin senior dengan para pemimpin lembaga pendidikan forum pondok yang bernaung dengan Al-Jemaah Al-Islamiyah, menyatakan pembubaran Al-Jemaah Al-Islamiyah dan kembali ke pangkuan Republik Indonesia.

"Selain itu, jaminan diberikan terhadap kurikulum dan bahan mengajar bebas dari sifat, sikap tatharuf (radikal) dan menggunakan kepada faham Ahlussunnah Wal Jamaah.

"Dalam masa yang sama, membentuk pasukan pengkaji bagi kurikulum dan bahan mengajar. JI juga bersedia untuk aktif dalam kemerdekaan bangsa Indonesia hingga menjadi bangsa yang maju dan bermanfaat," kata pimpinan JI.

Pada mulanya, terdapat keraguan mengenai kesahihan video tersebut. Namun begitu, semakan oleh Institut Analisis Polisi Konflik (IPAC) Indonesia mendapati ia adalah sahih.

"Adalah terlampau awal untuk mengandai apa yang telah terjadi, namun anggota lelaki kumpulan berkenaan mempunyai kredibiliti dan kepercayaan yang memadai bagi memastikan organisasi berkenaan sependapat," kata wakil IPAC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram