Teknik 'flushing' tak berhasil, IWK guna 'jettor' pecahkan serpihan cari mangsa tanah jerlus


  • Massa
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Bomba masih gagal menemukan mangsa terjerlus ke lubang sedalam lapan meter di kawasan Jalan Masjid India. — Ihsan bomba

INDAH Water Konsortium (IWK) melakukan pemecahan serpihan menggunakan 'jettor' dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lalu.

Operasi pemecahan serpihan itu dilakukan bermula dari lokasi tanah jerlus sehingga ke lurang kumbahan hilir yang jaraknya 69 meter.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India masih dijalankan dengan pembabitan pelbagai agensi.

BACA LAGI: [VIDEO] Sudah 3 tahun berlalu, masih seriau lihat 2 wanita Rusia berpantang maut terjatuh buaian setinggi 1,920 meter

BACA LAGI: [VIDEO] Rumah, bangunan tertimbus dalam lumpur, banjir kilat di Maluku ragut 13 nyawa

Sinkhole at Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.  -  Jabatan Penerangan WPKL/Facebook

Usaha mencari dan menyelamat wanita warga India masih dijalankan dengan pembabitan pelbagai agensi.

Katanya lagi, pemeriksaan juga dijalankan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Loji IWK Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

"Sementara itu, pihak IWK akan membuat pemecahan 'debris' menggunakan 'jettor' di laluan lurang kumbahan di lokasi insiden ke lokasi lurang kumbahan hilir dengan jarak 69 meter.

"Pihak IWK sudah melaksanakan flushing di lurang kumbahan lima mulai lewat malam tadi sehingga pukul 2 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak IWK masih belum menemui sebarang petunjuk.

"Orang awam dinasihatkan untuk tidak berada berhampiran lokasi insiden bagi memastikan kelancaran kerja pencarian dilakukan oleh pasukan SAR," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram