Dua kelab EPL berebut beli ramai pemain lelongon Lyon, bintang Olimpik jadi buruan


  • Podium
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Cherki kini menjadi buruan dua kelab EPL, Fulham dan Crystal Palace selepas Lyon meletakkan majoriti skuad utama mereka dalam pasaran perpindahan.

KELAB Ligue 1 Perancis, Olympique Lyonnais meletakkan majoriti skuad utama mereka dalam pasaran perpindahan bagi mencapai sasaran kewangan mereka sebelum berakhirnya jendela perpindahan, lapor akhbar Perancis, L'Equipe pada Khamis.

"Pengurusan Lyon baru saja mengeluarkan mesej dari sekarang, setiap pemain akan dijual selagi ada yang membayar harga yang bertepatan," menurut akhbar itu.

"Kelab itu tidak mendedahkan pemain mana yang berada dalam senarai perpindahan."

BACA LAGI: 'Satu Malaysia pandang pengadil', fans ‘warning’ Nazmi Nasaruddin jangan buat kesilapan mudah

BACA LAGI: 'Jual tak untung, simpan tak rugi', fans labelkan Sumareh barang 'vintage' JDT

Kelab Perancis itu menyasarkan untuk meraih 100 juta euro (RM488 juta) sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup.

L'Equipe melaporkan mereka masih memerlukan 75 juta euro (RM366 juta) bagi mencapai sasaran itu.

Mereka sudah berbelanja 134 juta euro (RM654 juta) dalam dua bulan terakhir, lebih banyak berbanding mana-mana kelab di Perancis.

Bulan lalu, mereka membayar rekod kelab 34 juta euro (RM165 juta) untuk membeli pemain pertahanan Moussa Niakhate dari Nottingham Forest.

Lyon turut memberi jaminan kepada pihak berkuasa kewangan Ligue 1 mereka akan mengumpul 100 juta euro hasil jualan pemain pada musim panas ini, mengelak sebarang tindakan lanjut daripada badan pemantau kewangan kelab liga.

Disember lalu, kelab itu mengumpul lebih 300 juta euro (RM1.46 bilion) untuk membiayai semula hutang mereka.

Lyon dimiliki oleh Eagle Football Group, syarikat pemegang pelaburan yang disenaraikan di Paris yang turut memiliki Botafogo (Brazil), RWD Molenbeek (Belgium) dan Crystal Palace (England).

Dalam pada itu, dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Crystal Palace dan Fulham dilaporkan berminat untuk memancing bintang utama Lyon, Rayan Cherki yang cemerlang bersama skuad Olimpik Perancis. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram