Enam maut, 10 parah pavilion di China runtuh dipanah petir


  • Benua
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Sebuah pavilion di Timur China runtuh akibat dipanah petir pada Ahad. — Agensi

SERAMAI enam orang maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah pavilion di taman di Changzhou, Jiangsu, Timur China runtuh akibat dipanah petir pada Ahad.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8.30 malam yang menyebabkan bangunan itu runtuh juga memerangkap 16 pengunjung di dalamnya.

Dalam kejadian sama, enam mangsa disahkan meningga dunia beberapa jam sebaik tiba di hospital manakala 10 lagi dilaporkan stabil pada Isnin.

BACA LAGI: ‘Jangan libatkan keluarga saya’, Nakano minta maaf kepada rakyat Malaysia lepas langgar Shah Firdaus

BACA LAGI: Hanya lambat 54 saat, ECRL dan HSR boleh contohi sistem kereta api di Jepun

Screenshot (2972)

Panahan petir itu menyebabkan keruntuhan bangunan pavilion di China. — Agensi

Sebelum ini, Biro Meteorologi Changzhou mengeluarkan amaran kuning menandakan cuaca teruk dan guruh, kilat, ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di beberapa kawasan bandar.

Pihak berkuasa cuaca berkata, membuat ramalan itu seperti menggunakan pukat besar untuk menangkap ikan kecil.

Kementerian Pengurusan Kecemasan kemudiannya meramalkan bahawa banyak daerah di China berisiko tinggi berlaku bencana banjir dan cuaca buruk melampau sepanjang Ogos.

"Setiap kejadian tersebut memberi amaran kepada kita secara langsung untuk menghormati, mematuhi peraturan dan melindungi alam semula jadi merupakan perkara penting bagi seluruh manusia," katanya.

Dalam pada itu, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram