WALAUPUN hanya memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Paris 2024 namun aura dan aksi bersahaja atlet penembak lelaki Turkiye, Yusuf Dikec menjadi bualan kalangan peminat sukan seluruh dunia pada Selasa.
Manakan tidak, atlet berusia 51 tahun itu juga merupakan atlet tertua daripada keseluruhan 33 peserta yang mengambil bahagian dalam acara 10 meter (m) air pistol lelaki.
Dikec, bersama rakan sepasukannya, Sevval Ilayda Tarhan, meraih tempat kedua dalam acara pistol udara 10m pasukan campuran, walaupun Dikec hanya membawa peralatan yang terhad ke pertandingan tersebut.
BACA LAGI: Masih kekal badi Darul Makmur, Selangor gagal manfaat peluang kad merah Sri Pahang
BACA LAGI: Demi emas pertama, Zii Jia tolak tepi sentimen kasihankan atlet tertua
Aksi Dikec menjadi tular sejak Rabu selepas gambar dirinya dikongsi di media sosial tanpa memakai cermin mata khas atau pelindung telinga, yang biasa digunakan oleh atlet penembak di Olimpik.
Dikec sebaliknya hanya memakai cermin mata biasa dan penutup telinga.
Walaupun begitu, dia masih mampu menewaskan kebanyakan pesaingnya.
Dikec, bersama rakan sepasukannya, Sevval Ilayda Tarhan, meraih tempat kedua dalam acara pistol udara 10m pasukan campuran pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Lebih mengagumkan lagi, dengan peralatan terhad serta tangan di dalam poket semasa menembak, ia tidak menjadi penghalang buat Dikec untuk mengalahkan pesaingnya sekali gus menjadikannya Dikec legenda segera di Sukan Paris.
Untuk rekod, Dikec mula menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 dan ini merupakan pingat pertamanya di Sukan Olimpik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram