PENYERANG sensasi Jordan, Ali Olwan sah mengikut jejak langkah tonggak Selangor, Reziq Bani Hani ke Liga Super.
Pemain berusia 24 tahun itu secara rasminya dilepaskan oleh kelab Qatar, Al-Shamal SC selepas kontraknya tamat pada 30 Jun 2024 yang lalu.
Beliau kini menjadi buruan beberapa kelab ternama Asia susulan prestasi memberangsangkan ketika di Piala Asia 2023 Qatar.
BACA LAGI: [VIDEO] Terengganu bakal terima tekanan hebat, 3 rekod cemerlang Selangor bila tiket 'sold out'
BACA LAGI: Masih kekal badi Darul Makmur, Selangor gagal manfaat peluang kad merah Sri Pahang
Tonggak berketinggian 1.82 meter itu sering dipinggirkan dalam percaturan ketua jurulatih Al-Shamal menyebabkan kontraknya tidak disambung.
Ali Olwan kini berpotensi besar untuk mengikut jejak langkah beberapa pemain Jordan yang datang berkelana di Liga Super.
Antara pemain Jordan yang menyinar di Liga Super Malaysia termasuklah Yazan Al-Arab, Noor Al-Rawabdeh dan juga Reziq Bani Hani bersama Selangor.
Ali Olwan menjadi tunjang utama Jordan untuk mara ke pentas final Piala Asia 2023 dan berada dalam satu kumpulan bersama Malaysia.
Kini nilai pasaran bekas tonggak Al-Jazeera ini mencecah RM2.35 Juta secara rasminya menyertai Gergasi Merah pada Isnin.
Majoriti senaraikan tiga kelebihan akan manfaatkan Selangor sebaik Ali Olwan sertai rejim Nidzam Jamil:-
1. Hatrik lawan Harimau Malaya
Ali Olwan pernah menjadi mimpi ngeri buat skuad kebangsaan apabila meledak hatrik untuk membantu Jordan menewaskan Malaysia pada 6 Oktober 2021.
Dalam perlawanan itu situasi kucar kacir skuad negara mengundang padah apabila gawang Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dibolosi pada minit ke-34 hasil tolakan mudah Ali Olwan yang menerima hantaran cantik Ehsan Hadad dari sebelah kanan padang.
10 minit selepas itu, tandukan ke belakang oleh pertahanan negara, Muhammad Irfan Zakaria disambar oleh Ali Olwan untuk gol kedua peribadinya pada minit ke-47.
Sebelum melengkapkan kemenangan Jordan, Ali Olwan berjaya mencipta hatrik pada minit ke-49 selepas menerima lorongan cantik oleh Mousa Suleiman.
2. Mudah tewaskan Matthew Davies
Kepantasan Ali Olwan terbukti apabila Matthew Davies gagal mengekang asakan pemain itu semasa Harimau Malaya tewas 0-4 di tangan Jordan pada kempen Piala Asia 2023 Januari lalu.
Pemain 24 tahun itu yang bermula sebagai kesebelasan utama Jordan dan bermain dengan baik untuk mencipta gerakan berbahaya ke kubu pertahanan Malaysia.
Gerakan lincah pemain itu yang diletakkan dibelakang Yazan Al-Naimat memberi banyak ruang untuk barisan serangan Jordan mencipta gerakan berbahaya.
3. Mempunyai pengalaman yang baik
Rekod jaringan Ali Olwan bersama kelab terdahulu mungkin tidak gah seperti pemain lain.
Namun, pemain berusia 24 tahun itu mempunyai pengalaman beraksi di liga yang lebih baik berbanding Liga Super iaitu di Qatar sejak 2022.
Sepanjang beraksi di Liga Qatar, Ali Olwan telah menjaringkan lapan gol dan sembilan 'assist' untuk 42 perlawanan bersama dua kelab iaitu Al-Shamal SC dan Al- Khor SC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram