[VIDEO] Ukraine serang wilayah Rusia, Moscow kerah lebih ramai tentera


  • Benua
  • Ahad, 11 Ogos 2024

Tentera Rusia bersedia untuk menyerang balas Ukraine. — Agensi

KONFLIK antara dua negara Eropah, Rusia dan Ukraine belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Ukraine kini dilaporkan bersedia untuk berdepan satu lagi serangan daripada Rusia apabila negara itu mengerah lebih ramai tentera untuk menghadapi pertempuran di kawasan sempadan dekat wilayah Kursk, Rusia.

Laporan menyebut yang Rusia sedia menggerakkan bala tentera, kereta kebal, artileri serta sistem roket bagi menyerang Ukraine.

BACA LAGI: [VIDEO] Tentera Rusia serang bekalan senjata Nato ke Ukraine

BACA LAGI: [VIDEO] 'Masa sudah tamat' Presiden Ukraine kena pulau ketika sidang negara Eropah?

Sebelum ini, kerajaan Rusia mengisytiharkan darurat di wilayah tersebut selepas Ukraine melancarkan serangan besar-besaran.

Menurut laporan, tentera Ukraine berjaya masuk sehingga 35 kilometer ke dalam Kursk sambil berjaya menawan pekan Sudzha.

Selain daripada mengawal Sudzha, tentera Ukraine mengepung Batalion 17 Rejimen 488 dan Batalion 31 Briged 102 Rusia denga 20 anggota menjadi tebusan.

WhatsApp Image 2024-08-11 at 13.49.50

Penduduk di wilayak Kursk dipindahkan ke kawasan selamat.

Ukraine juga berjaya menawan pekan Rylsky dengan mereka berjaya membunuh 100 tentera Rusia dengan 12 kenderaan negara itu dimusnahkan.

Hasil daripada serangan tersebut, seramai 76,000 penduduk di wilayah Kursk dipindahkan ke kawasan selamat sejak Sabtu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengatakan dia gembira dengan perkembangan ini kerana serangan tersebut sebagai salah satu daripada usaha negara itu mendapatkan keadilan.

"Saya menerima beberapa laporan daripada ketua komando, Oleksandr Syrsky, mengenai tindakan barisan hadapan yang meneruskan perang di kawasan penjajah.

"Saya bersyukur yang setiap unit pertahanan memastikan Ukraine boleh mengembalikan keadilan dan memberikan tekanan sepatutnya terhadap penjajah," kata Zelenskyy.

Sementara bagi Presiden Rusia, Vladimit Putin pula, dia menanggap serangan Ukraine itu adalah "provokasi besar-besaran" terhadap negaranya.

Disebabkan itu, tentera Rusia menerusi ketuanya iaitu Valery Gerasimov berjanji untuk menyerang semula Ukraine. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram