Yemen diserang, pelabuhan penting jadi sasaran


  • Benua
  • Ahad, 21 Jul 2024

Serangan dipercayai dilakukan Israel menyebabkan kebakaran besar di pelabuhan utama Yemen.

SEHARI selepas serangan dron yang berlaku di Tel Aviv, Isreal, bandar pelabuhan di Hodeidah, Yemen pula menjadi sasaran serangan balas tentera Zionis.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, berlaku kebakaran besar di pelabuhan itu akibat serangan udara Israel yang dilancarkan pada Sabtu.

Difahamkan, Israel menyerang tempat penyimpanan minyak di pelabuhan berkenaan, sekali gus dipercayai menjadi punca kebakaran besar itu berlaku.

BACA LAGI: Wisma Putra atur persiapan pindah, sedia bekalan makanan kepada pelajar Malaysia di Dhaka

BACA LAGI: Ahli keluarga mohon bantu jejak Salman hilang di Shah Alam

Serangan itu dipercayai sebagai membalas tindakan kumpulan Houthi yang mengaku bertanggungjawab atas serangan dron yang mencederakan beberapa penduduk di Tel Aviv.

Setakat ini, belum ada jumlah kematian yang dilaporkan susulan serangan yang berlaku di pelabuhan Yemen. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram