
PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi bayangan bahawa negaranya mungkin akan memasuki Israel bagi membantu Palestin, iaitu tindakan sama seperti pernah dilakukan sebelum ini di Libya dan Nagorno-Kara.
Dalam ucapannya pada Ahad, beliau bagaimanapun tidak memberikan penjelasan berhubung bentuk campur tangan yang dicadangkannya itu.
Erdogan yang merupakan pengkritik hebat serangan Israel di Gaza menyentuh perkara itu semasa satu ucapannya yang turut memuji industri pertahanan Turkiye.
BACA LAGI: Lebih 60 tahun tak banyak berubah, tiba masa semak semula prinsip persempadanan kawasan pilihan raya
BACA LAGI: Siasatan kapal selam Scorpene: SPRM jumpa petunjuk baharu
“Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin.
"Sama seperti semasa kami memasuki Karabakh, sama seperti kami memasuki Libya, kami mungkin melakukan perkara yang serupa dengan mereka.
"Tiada sebab mengapa kita tidak boleh melakukan ini...Kita mesti kuat supaya kita boleh mengambil langkah ini,” kata Erdogan semasa mesyuarat Parti AK yang disiarkan di televisyen di Rize.
Erdogan merupakan pengkritik hebat serangan Israel di Gaza. — Agensi
Wakil Parti AK bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai komen tersebut dengan Israel turut masih belum memberikan sebarang ulasan.
Pada tahun 2020, Turkiye menghantar anggota tentera ke Libya untuk menyokong Kerajaan Persetujuan Nasional Libya yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perdana Menteri Libya, Abdulhamid Al-Dbeibah, yang mengetuai Kerajaan Perpaduan Nasional di Tripoli, disokong oleh Turkiye.
Turkiye telah menafikan sebarang peranan langsung dalam operasi ketenteraan Azerbaijan di Nagorno-Karabakh.
Bagaimanapun, negara itu pada tahun lalu menyatakan ia menggunakan 'semua cara', termasuk latihan ketenteraan dan pemodenan, untuk menyokong sekutu rapatnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram