RUNDINGAN berhubung perjanjian gencatan senjata Gaza kini dilihat berada di peringkat akhir.
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan membincangkan jurang yang masih ada pada Khamis.
Menurut pegawai tersebut, halangan selebihnya boleh diatasi dan akan ada lebih banyak mesyuarat bagi mencapai perjanjian antara Israel dan Hamas minggu depan.
BACA LAGI: Mayat tertiarap tepi sungai di Besut rupanya tinggal sendirian di masjid kerana kesempitan hidup
BACA LAGI: PPCOA desak kerajaan, pertimbang semula masukkan kursus fisioterapi bawah TVET
Joe Biden (kiri) masih mempunyai perbincangan dengan Benjamin (kanan). — Agensi
Sebelum ini, rundingan menerusi AS, Qatar dan Mesir sebagai negara pengantara dilaporkan gagal menghasilkan perjanjian untuk membebaskan baki tebusan rakyat Israel di Gaza.
"Israel dan Hamas sebenarnya masih mempunyai beberapa isu untuk diselesaikan tetapi perjanjian pula sudah hampir dicapai.
"Gencatan senjata selama enam minggu akan berlaku sebagai pertukaran untuk pembebasan wanita, lelaki warga emas dan tebusan yang cedera dalam tempoh 42 hari.
"Ia adalah satu rundingan yang sangat berbeza sekarang berbanding sebulan yang lalu apabila kami mempunyai beberapa isu asas yang tidak dapat diselesaikan," katanya.
Jelasnya lagi, Naib Presiden, Kamala Harris akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Benjamin selepas perbincangan bersama Joe Biden selesai.
Katanya, Biden dan Harris mempunyai pemahaman yang selari berhubung dasar AS terhadap Israel dan Gaza.
"Orang Israel akan mendengar penjelasan penuh mengenai apa yang akan dikemukakan sebagai penyelesaian jangka panjang bagi konflik Israel-Palestin ini," katanya.
Pada 7 Oktober lalu, pejuang Hamas menyerang selatan Israel, membunuh 1,200 orang dan menawan 250 tawanan.
Ia sekali gus mencetuskan konflik dan berlakunya serangan balas yang membunuh lebih 30,000 penduduk Gaza.
Dalam pada itu, Hamas dan pejuang lain dikatakan masih menahan 120 tebusan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram