Siasatan kapal selam Scorpene: SPRM jumpa petunjuk baharu


  • Primer
  • Jumaat, 26 Jul 2024

Sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai siasatan itu berkata, penyiasat kini memusatkan perhatian terhadap perkara yang dipercayai membabitkan penyelewengan berjumlah RM42 juta.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh petunjuk baharu dalam siasatan terhadap pembelian kapal selam Scorpene melibatkan sebuah syarikat tempatan dipercayai melakukan pembayaran berjumlah RM42 juta tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

Difahamkan, berdasarkan penemuan terbaru, badan pencegahan rasuah itu telah menilai semula siasatannya dengan tumpuan diberikan kepada petunjuk baharu.

Sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai siasatan itu berkata, penyiasat kini memusatkan perhatian terhadap perkara yang dipercayai membabitkan penyelewengan berjumlah RM42 juta.

BACA LAGI: Definisi kesalahan buli siber perlu jelas, elak disalah guna untuk kepentingan politik

BACA LAGI: Deklarasi Beijing bukan yang pertama, Fatah-Hamas sukar bersatu angkara kuasa dan provokasi

Jumlah itu dikatakan sebahagian daripada kontrak RM530 juta untuk perkhidmatan sokongan berhubung pembelian kapal selam itu.

“Bayaran itu dipercayai dibayar kepada syarikat milik ahli keluarga pemilik syarikat tersebut (yang membuat pembayaran).

“Memandangkan perkembangan terbaru ini, SPRM akan memanggil beberapa saksi. Malah, kami sudah mengenal pasti beberapa daripada mereka dan telah merekodkan kenyataan mereka,” menurut sumber.

Malaysian Anti-Corruption Commission deputy chief commissioner (operation) Datuk Seri Azam Baki.MOHD SAHAR MISNI/The Star

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

SPRM berkata bahawa siasatan terhadap pemerolehan kapal selam Scorpene Malaysia sedang dijalankan dan petunjuk baharu itu akan membolehkan penyiasat meneruskan kes itu.

Pada April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan siasatan terhadap Scorpene sedang dijalankan dan agensi itu sedang berhubung dengan pihak berkaitan di luar negara untuk mendapatkan maklumat dan bukti berhubung beberapa transaksi dilakukan.

Pembelian dua kapal selam Perancis itu dilakukan pada 2002, ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.

Najib dilaporkan bertanggungjawab melihat pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dan satu kapal selam kelas Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis DCN, bernilai hampir €1bil.

Kapal selam Scorpene, bernama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, masing-masing tiba di Malaysia pada September 2009 dan Julai 2010. — The Star/MAZWIN NIK ANIS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram