Elak kejadian berulang, Affin Bank tangani kes kesilapan pembatalan pinjaman ASB


  • Bizz
  • Jumaat, 26 Jul 2024

Affin memaklumkan pihaknya sedang giat menangani masalah yang dihadapi oleh individu terbabit termasuk dengan mengambil langkah perlu untuk mengelakkan berulangnya kejadian sedemikian. — Gambar hiasan

AFFIN Bank Berhad (Affin) memaklumkan sedang menangani isu melibatkan seorang penggunanya yang mendakwa menerima kerugian akibat kesilapan dalam proses pembatalan pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Dalam satu maklum balas ringkas kepada Majoriti, jurucakap Affin memaklumkan pihaknya sedang giat menangani masalah yang dihadapi oleh individu terbabit termasuk dengan mengambil langkah perlu untuk mengelakkan berulangnya kejadian sedemikian.

BACA LAGI: Definisi kesalahan buli siber perlu jelas, elak disalah guna untuk kepentingan politik

BACA LAGI: Deklarasi Beijing bukan yang pertama, Fatah-Hamas sukar bersatu angkara kuasa dan provokasi

Majoriti pada Rabu melaporkan mengenai perkongsian seorang individu yang didakwa berputih mata selepas mengalami kerugian apabila akaun pinjaman ASB bernilai RM50,000 untuk tempoh selama 25 tahun miliknya dibatalkan pihak bank tanpa persetujuan.

Lebih mengecewakan, dia dimaklumkan bahawa pembatalan itu dilakukan akibat kesilapan daripada pegawai syarikat perbankan tersebut.

2823109

Seorang individu didakwa berputih mata selepas mengalami kerugian apabila akaun pinjaman ASB bernilai RM50,000 untuk tempoh selama 25 tahun miliknya dibatalkan pihak bank tanpa persetujuan. — Gambar hiasan

Pada masa sama, lelaki tersebut yang tinggal di Sungai Petani, Kedah turut tidak berpuas hati dengan maklum balas dikemukakan pihak bank yang menurutnya langsung tidak menangani kerugian dialaminya.

Wakil bank hanya membuat permohonan maaf atas kesalahan dilakukan dan hanya menyarankan dirinya agar melakukan pinjaman baharu.

Tidak cukup dengan itu, dia yang berkhidmat sebagai penjawat awam turut mendakwa terpaksa menanggung kerugian kedua selepas bank tersebut bertindak menamatkan pinjamannya yang belum mencapai tempoh matang.

Akibatnya, dia hanya mendapat jumlah pulangan semula yang sangat sedikit iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan jumlah bayaran bulanan keseluruhan yang dilakukannya dalam tempoh lima tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram