Remaja 17 tahun hilang kali kedua lepas keluar makan di Batang Kali


  • Massa
  • Rabu, 24 Jul 2024

Berdasarkan siasatan, ini adalah kali kedua remaja berkenaan dilaporkan hilang. 

REMAJA perempuan berumur 17 tahun, Nurul Aishah Farhana Azni dilaporkan hilang kira-kira pukul 9.30 malam selepas keluar makan dipercayai di Batang Kali, Selangor dan tidak pulang ke rumah pada Selasa.

Berita kehilangan itu turut dikongsikan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad, yang memuat naik maklumat berkaitan remaja berkenaan.

Beliau turut memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

BACA LAGI: Mayat kedua mangsa lemas Pantai Batu Layar ditemukan celah batu

BACA LAGI: Pelajar Tingkatan 5 dikhuatiri lemas, hilang ketika tangkap ikan di Sungai Pahang

Sementara itu, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haida, ketika dihubungi Majoriti enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Haida memohon agar semua pihak memberikan ruang kepada mereka sekeluarga untuk bertenang.

Dia turut mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai perselisihan faham bersama anak perempuannya itu.

6127595404611672993

Nurul Aishah Farhana dilaporkan hilang sejak Selasa.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nurul Aishah Farhana kira-kira pukul 12.42 tengah hari, Rabu.

Menurutnya, mangsa kali terakhir dilihat di sebuah kedai makan Sakon Thai dekat Jalan Mahagoni 7/1A, Bandar Utama Batang Kali, pada Selasa.

“Mangsa memakai tudung bewarna hitam, baju T kosong lengan panjang bewarna biru gelap dan berseluar hitam serta mengenakan sandal bewarna coklat cerah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Asri juga memaklumkan, berdasarkan siasatan, ini adalah kali kedua remaja berkenaan dilaporkan hilang.

“Kali pertama berlaku, iaitu pada Januari lalu, mangsa dikatakan pulang ke rumah dalam tempoh 24 jam.

“Difahamkan, mangsa tidak mempunyai sebarang pertelingkahan dengan ahli keluarga,” ujarnya.

Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222 atau tampil ke balai polis yang berdekatan.

Selain itu, orang ramai boleh juga hubungi Amir Fitri (0172217264), Haida (01164348107) dan IzzatyAina (01163833491). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram