Pemilik suara latar Nobita dalam 'Doraemon' meninggal dunia ketika umur 88 tahun


  • Hiburan
  • Rabu, 24 Jul 2024

Ohara atau nama sebenarnya ialah Noriko Tobe, menerima rawatan untuk penyakitnya, menurut laporan Jiji Press memetik agensinya, 81 Produce.

PEMILIK suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi, Noriko Ohara dalam siri anime popular Doraemon, meninggal dunia pada 12 Julai.

Ohara atau nama sebenarnya ialah Noriko Tobe, menerima rawatan untuk penyakitnya, menurut laporan Jiji Press memetik agensinya, 81 Produce.

Menurut laporan media anatarabangsa, dia yang berasal dari Tokyo, Jepun mula memimjam suaranya bagi watak Nobita pada 1979 yang berkhidmat selama 26 tahun sehingga 2005.

BACA LAGI: Tiga siri anime pilihan penggemar sepanjang 2021

BACA LAGI: 'Trend Nobita SPM' mungkin cara pelajar memberontak, petanda perlukan bantuan masyarakat — Pakar

Siri anime popular ini menceritakan watak Nobita, seorang budak lembap tetapi optimis, yang dijaga oleh seekor kucing robotik daripada masa depan, Doraemon.

download (1)

Ohara juga mengalih suara versi Jepun untuk pelakon wanita Amerika, Shirley MacLaine dan pelakon Perancis Catherine Deneuve dalam pelbagai filem. — Agensi

Ohara turut meminjamkan suaranya untuk pelbagai watak dalam projek anime lain seperti Peter, pengembala kambing dalam 'Heidi: Girl Of The Alps', dan Conan dalam 'Future Boy Conan', serta watak-watak perempuan seperti Doronjo, penjahat dalam 'Yatterman', dan Oyuki dalam 'Urusei Yatsura'.

Selain itu, Ohara juga mengalih suara versi Jepun untuk pelakon wanita Amerika, Shirley MacLaine dan pelakon Perancis Catherine Deneuve dalam pelbagai filem. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram