Dua bekas pelajar INTEK Kuantan lemas, seorang selamat tragedi beriadah di Lubuk Kain


  • 112
  • Rabu, 24 Jul 2024

Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. — Facebook

DUA lelaki ditemukan lemas di Lubuk Kain, Kampung Shukor, Terengganu dalam kejadian pukul 12.15 tengahari pada Rabu.

Mangsa dikenali sebagai, Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mokhriz Nor Mohamad, masing-masing berusia 20 tahun dari Kuantan, Pahang dan merupakan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK).

Kedua-dua mangsa ketika kejadian bersama lima rakan lain tiba di Lubuk Kain, Kampung Shukor, dari Kuantan pukul 10.00 pagi.

BACA LAGI: Mayat kedua mangsa lemas Pantai Batu Layar ditemukan celah batu

BACA LAGI: Pelajar Tingkatan 5 dikhuatiri lemas, hilang ketika tangkap ikan di Sungai Pahang

Memetik laporan Buletin TV3, mangsa mula mendaki ke air terjun yang mana jarak dari bawah air setinggi 50 meter.

Pada jam 12.15 tengahari, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan terjun dari batu ke jeram setinggi 3.5 meter sebelum lemas.

Salah seorang daripada mereka berjaya diselamatkan, sementara Muhammad Danial dan Nor Mukhriz tidak ditimbul dan dipercayai tenggelam ke dasar sungai.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Almuktafi Billah Shah, bersama penduduk kampung berhasil menemui kedua-dua mangsa tersebut di kedalaman 10 meter.

Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk prosedur lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram