Kes dera anjing Husky, mahkamah tetap pendengaran kes 19 Ogos


Anjing Husky itu kini berada di bawah jagaan jabatan berkenaan serta berada dalam keadaan baik dan sihat.

MAHKAMAH menetapkan 19 Ogos untuk mendengar kes berhubung dera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang, kata kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

DVS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kertas siasatan sudah pun lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Anjing tersebut kini berada di bawah jagaan jabatan berkenaan serta berada dalam keadaan baik dan sihat.

BACA LAGI: VIDEO] Polis terima laporan kes pukul anjing, suspek didakwa pemain badminton remaja kebangsaan

BACA LAGI: [VIDEO] Kempunan tengok majlis korban, budak lelaki hampir buta kena gigit anjing jiran

DVS juga menasihati agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan anjing berkenaan sehingga kes didengar di mahkamah.

6127595404611672944

Shima Aris berjaya menyelamatkan anjing husky yang didera seorang lelaki ke klinik swasta untuk rawatan. — Gambar/Facebook

Terdahulu, tular di media sosial yang mencetuskan kemarahan ramai apabila seorang lelaki didakwa pemain badminton remaja kebangsaan memukul anjing peliharaannya dengan ganas dan tidak menampilkan sifat perikemanusiaan.

Pada 4 Julai sebelum ini, DVS berkata, mereka telah membuka kertas siasatan di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram