Peningkatan bilangan kanak-kanak terabai membimbangkan, lebih banyak rumah perlindungan perlu disediakan


  • Massa
  • Selasa, 23 Jul 2024

JKM akan mencari individu yang sesuai untuk penjagaan bayi atau kanak-kanak terabai. — Gambar hiasan

KES pengabaian kanak-kanak dilaporkan semakin meningkat, menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bilangan kanak-kanak daripada bayi berumur sehari hingga remaja berumur 17 tahun yang diabaikan, tiada penjaga atau ibu bapa mereka tidak dapat dikenal pasti, menunjukkan peningkatan, dedah jabatan itu.

Sebanyak 73 kes direkodkan dari Januari hingga Mac tahun ini. Pada tahun 2023, sebanyak 238 kes direkodkan, iaitu 27 peratus lebih tinggi berbanding 188 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun 2022.

BACA LAGI: Kelahiran bayi berat kurang 2,500 gram di Malaysia semakin membimbangkan

BACA LAGI: Pekerja dedah taska 'jijik' kongsi makan bayi, satu sudu beramai-ramai di Sungai Buloh

Menurut JKM, pihaknya akan sentiasa berusaha mencari waris kanak-kanak terbiar berdasarkan maklumat yang ada.

Jabatan itu juga akan mengenal pasti penempatan terbaik untuk kanak-kanak itu dalam penjagaan berasaskan keluarga seperti yang digariskan dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

“Pencarian waris kanak-kanak terbiar dilakukan melalui siaran akhbar, media sosial, semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, rekod keluar masuk imigresen, kedutaan dan kaedah lain.

“Pelbagai perkhidmatan turut disediakan bagi membantu ibu kandung atau waris yang menghadapi kesusahan seperti bantuan kewangan, khidmat kaunseling, serta penerangan prosedur penyerahan anak dengan teratur,” kata JKM kepada Sunday Star.

download (4)

JKM akan sentiasa berusaha mencari waris kanak-kanak terbiar berdasarkan maklumat yang ada. — Gambar hiasan/Agensi

JKM berkata, mereka akan mencari individu bersesuaian untuk kanak-kanak terbiar walaupun tidak semua boleh diletakkan di bawah jagaan jabatan dengan segera atas faktor tertentu seperti masalah kesihatan, dokumentasi dan lain-lain.

Majoriti kes atau sejumlah 159 kes (67 peratus), kanak-kanak terbiar dan tiada ibu bapa atau penjaga, tidak mempunyai maklumat tentang punca pengabaian seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, kecuaian ibu bapa atau penjaga dan sebab-sebab lain menyumbang kepada 19 kes (8 peratus).

Punca-punca lain adalah termasuk kematian ibu bapa, anak luar nikah atau anak angkat, ibu bapa penagih dadah, pertikaian keluarga atau masalah kewangan.

Hampir satu pertiga iaitu 28 peratus kes melibatkan kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu kandung mereka, manakala 4 peratus melibatkan bapa kandung.

“Pelaku lain yang mengabaikan anak mereka termasuklah bapa, kedua-dua ibu bapa kandung, ibu bapa angkat, nenek, saudara mara dan lain-lain,” kata JKM.

Bagaimanapun, bagi separuh daripada kes yang direkodkan, maklumat mengenai pelaku tidak tersedia.

Punca-punca lain termasuk kematian ibu bapa kanak-kanak tersebut, anak luar nikah atau anak angkat, ibu bapa penagih dadah, pertikaian keluarga atau masalah kewangan.

Jabatan itu berkata, lebih ramai kanak-kanak terabai ditempatkan dalam jagaan ibu bapa angkat atau orang yang layak atau sesuai.

Seramai 76 kanak-kanak ditempatkan dengan ibu bapa angkat atau orang yang layak atau sesuai pada 2023, manakala terdapat 71 kanak-kanak lagi pada 2022 dan 54 pada 2021. — The Star/ DIYANA PFORDTEN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram