Koc wanita macam tak wujud, ramai persoal perlu dikekalkan atau tidak?


  • Massa
  • Selasa, 23 Jul 2024

Koc wanita yang dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu disediakan pada bila-bila masa, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

BARU-BARU ini tular satu rakaman video di media sosial memaparkan pergaduhan seorang lelaki dengan seorang perempuan di dalam perkhidmatan rel Transit Aliran Massa (MRT).

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menengking seorang wanita selepas ditegur berada di dalam koc yang dikhaskan untuk golongan wanita.

Dia bagaimanapun enggan beredar daripada koc berkenaan kerana mempunyai anak kecil bersamanya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Budak itu bukan anak saya,' ipar maut 'in real life' wujud di Pulau Pinang

BACA LAGI: Ayat stereotaip permulaan curang, peguam syarie dedah skandal bermula di pejabat buat ramai suami tersakiti

Situasi yang tular itu kemudian mencetuskan perbualan dalam kalangan warga maya.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang segelintir penumpang wanita, apatah lagi koc berkenaan sepatutnya bertujuan memberi kemudahan kepada penumpang wanita dengan perjalanan yang lebih selesa dan selamat terutamanya semasa waktu puncak.

Untuk makluman, koc wanita diperkenalkan di semua stesen dan tren di MRT Laluan Kajang dan Putrajaya, dengan menggunakan sebahagian daripada koc dua dan sebahagian lagi koc tiga.

Semua penumpang pelbagai umur dan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah yang ditemani oleh penjaga wanita boleh menggunakan koc tersebut.

Selain itu, komuniti orang kurang upaya (OKU) termasuk penjaga juga diberikan keutamaan untuk menaiki mana-mana gerabak tren.

4

Koc wanita juga bertujuan memberi keselesaan kepada semua penumpang.

Koc wanita yang dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu disediakan pada bila-bila masa, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

Inisiatif yang sama telah dilaksanakan dengan jayanya di beberapa buah bandar raya seperti New Delhi, Jakarta, Dubai, Rio de Janeiro dan Mexico City.

Koc wanita juga bertujuan memberi keselesaan kepada semua penumpang.

Berdasarkan komposisi penumpang, peratus penumpang wanita adalah 53 peratus manakala penumpang lelaki 47 peratus.

Bagaimanapun, pelaksanaannya ketika ini menjadi perdebatan, dengan ramai yang mula menyuarakan pandangan bahawa koc tersebut dilihat tidak relevan untuk diteruskan lagi.

Susulan itu, laman Facebook Malaysian Land Public Transport Fans (MLPTF) menyediakan satu soal selidik untuk mengetahui sama ada orang ramai berpuas hati dengan penggunaan koc wanita itu atau sebaliknya.

WhatsApp Image 2024-07-22 at 20.24.00

Tangkap layar memaparkan soal selidik yang dibuat MLPTF.

Berdasarkan soal selidik tersebut, sebanyak 49 peratus pengundi yang juga pengguna Facebook bersetuju agar pelaksanaan koc wanita tidak lagi diteruskan.

Ini kerana bagi mereka, setiap penumpang mengeluarkan bayaran yang sama, jadi tidak perlu ada layanan yang istimewa kepada golongan tertentu.

Sementara itu, sebanyak 17 peratus pengundi berpendapat agar koc berkenaan dikekalkan, namun polis bantuan disarankan untuk membantu memastikan agar kawasan itu dipenuhi.

Sejumlah 13 peratus juga masih bersetuju dengan pelaksanaan koc itu, dengan mewajibkan semua wanita termasuk ibu dan anak memenuhi gerabak tersebut (dengan penguatkuasaan polis sepenuhnya).

Dalam pada itu, lapan peratus pula bersetuju jika koc wanita hanya diaktifkan semasa waktu puncak iaitu pada 7 hingga 10 pagi dan 5 hingga 8 malam.

Orang ramai perlu dibenarkan untuk berada di situ selain dari tempoh berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berpandangan, berdasarkan pengalaman menaiki MRT, mereka melihat masih ramai wanita masih yang memilih untuk berada di koc biasa berbanding koc wanita.

"Sudah empat bulan naik MRT. Apa yang saya perhatikan, memang benar ramai perempuan tidak duduk di koc wanita, padahal banyak lagi kerusi kosong di situ," kata Faizal Raffali.

"Mungkin boleh kekalkan pelaksanaan semasa waktu puncak sahaja, ada masa yang koc itu kosong sahaja, jadi baik buat waktu puncak sahaja," ujar Siti Saleha Azmi.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram