SEBUAH bandar pelabuhan Israel di Laut Merah, Eilat berdepan krisis teruk apabila diisytiharkan muflis selepas berdepan serangan udara daripada Houthi pada April lalu.
Serangan tersebut sekali gus membunuh pertumbuhan ekonomi dengan menurunkan jumlah keuntungan dan aktiviti di pelabuhan itu.
Menurut Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi Knesset, tiada aktiviti dilakukan pelabuhan tersebut mahu pun pendapatan yang masuk selama lapan bulan.
This is the port of Eilat right now
It has been completely empty for nearly 4 months because of Yemen. https://t.co/LPwQzBRcLh pic.twitter.com/DujL5GqQVL
— deeeeeee (@revolutionaryem) March 17, 2024
Pelabuhan yang kebiasaannya mengendalikan kargo dan mengimport kereta serta kontena jauh lebih rendah semenjak serangan itu.
Bukan itu sahaja, ia turut menghentikan pergerakan kapal-kapal yang menuju ke pelabuhan Israel.
Malah, penganalisis ekonomi berkata, lebih setengah juta tan kontena bertukar pengurus dalam enam bulan pertama 2024 selepas kemerosotan urus niaga separuh kedua 2023.
Pada masa sama, hampir setiap kapal yang sememangnya digunakan untuk sektor pekerjaan itu jatuh kepada 0.4 peratus pada Mei lalu.
Terdahulu, Eilat berulang kali mengalami serangan peluru berpandu dan dron daripada kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman, ketika peperangan Israel-Hamas di Gaza terus berlarutan sejak Oktober tahun lalu.
Manakala, pada November 2023 pula, Israel mendakwa sebuah kumpulan pejuang di Syria telah melancarkan dron yang menyerang bandar pelabuhan itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram