[VIDEO] Staf lapangan terbang tak sedar rakan di ambang maut terkena renjatan elektrik


  • Benua
  • Jumaat, 16 Feb 2024

Tangkap layar seorang kakitangan lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Yaman maut selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba membetulkan sebuah kipas.

PADA tahun 2019, seorang kakitangan lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Yaman maut selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba membetulkan kipas elektrik.

Tragedi malang itu masih menjadi bualan hingga kini kerana kejadian tersebut yang meragut nyawa lelaki terbabit tidak disedari rakan sekerjanya walaupun dia cuba meminta pertolongan.

Mengimbau kembali kejadian itu, mangsa Lofti Ibrahim Al-Shamakh meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan tragis pada 14 Julai 2019.

Video berdurasi 30 saat yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lapangan terbang berkenaan masih menjadi bualan dalam kalangan warga maya.

Melalui video yang dikongsikan, Lofti pada awalnya menyedari kipas dinding tersebut tidak menghadap ke arah tetamu lapangan terbang.

BACA LAGI : [VIDEO] Berebut tapak parkir, punca pemandu e-hailing, teksi limosin berbalas tumbukan di 'landside' KLIA

BACA LAGI : [VIDEO] Lelaki maut di kerusi pemandu lepas berbalas tembakan dengan polis peronda

Dalam percubaan untuk melaraskannya, dia terkena renjatan elektrik apabila tersentuh dengan kipas itu dan badannya mula mengejang.

Lofti kemudiannya dilihat cuba memberi isyarat kepada rakan sekerja berhampiran tetapi tidak berjaya.

Rakannya juga seolah-olah tidak menyedari mangsa yang berada dalam kesakitan.

Selepas beberapa minit bertarung nyawa dan menahan kesakitan, Lofti akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian itu hanya disedari seorang kakitangan yang lain selepas melihat Lofti tidak bergerak.

Selepas video itu tular, warga maya mengecam cara pihak lapangan terbang mengendalikan kejadian itu dan mempersoalkan tindakan rakan sekerja mangsa yang tidak menyelamatkan Lofti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram