Ahli keluarga mohon bantu jejak Salman hilang di Shah Alam


  • 112
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Salman yang hilang sejak Jumaat di Shah Alam, Selangor. — Twitter

SEORANG lelaki berusia 24 tahun dilaporkan hilang dua hari di Shah Alam, Selangor sejak Jumaat.

Menerusi hantaran dikongsikan pengguna X @mynewshub pada Sabtu, individu yang dipercayai merupakan pelajar di sebuah universiti swasta itu masih gagal dihubungi.

"Mohon bantuan anak saudara saya (anak kepada sepupu saya bernama Salman. Badan kurus, tinggi 178 sentimeter (cm)," tulisnya.

BACA LAGI: Polis jumpa kad sim suspek kes bunuh Nur Farah Kartini

BACA LAGI: Pengasas, penerbit Gila-Gila mohon maaf guna teknologi AI, tiada niat rendahkan martabat karya seni

Screenshot (2669)

Hantaran yang dimuat naik untuk menjejaki individu terbabit. — Twitter

Katanya, ahli keluarga lelaki tersebut juga memohon jasa baik orang ramai jika menemuinya atau bersama individu lain.

Sementara itu, belum ada perkembangan terkini tentang kehilangan Salman setakat ini.

Majoriti juga sudah menghubungi ahli keluarga lelaki berkenaan untuk maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram