[VIDEO] Tragedi berdarah 19 Julai, genap 7 tahun adik-beradik maut serentak dilenyek traktor di Paraguay


  • Benua
  • Khamis, 18 Jul 2024

Liz dan Norma Diaz sempat mengambil video dan selfie berdua ketika sedang berseronok di atas traktor sebelum maut. — Agensi

DUNIA pernah dikejutkan dengan berita melibatkan dua remaja wanita yang maut ketika sedang bergembira di Paraguay pada 2017.

Liz Carolina Ortiz Diaz, 19 dan adiknya, Norma Noemi Ortiz Diaz, 16, didapati maut ketika sedang berseronok menaiki traktor.

Kejadian berlaku ketika kedua-duanya sedang bercuti di sebuah ladang dekat dekat Los Lazos, Paraguay.

BACA LAGI: [VIDEO] Helah menyamar anak gadis tidak menjadi, banduan Brazil akhirnya ditemukan tidak bernyawa dalam sel penjara

BACA LAGI: [VIDEO] Ahli perniagaan maut makan coklat beracun, isteri rupanya dalang sanggup guna peluntur mahu hapus bukti

Menurut pengurus ladang, Cristhian David Gonzalez, kedua-dua wanita itu sedang berjalan-jalan sambil duduk di hadapan traktor tersebut.

Ia dapat disaksikan menerusi video yang dipercayai merupakan detik-detik terakhir Liz dan Norma sebelum mereka menemui ajal.

Saat bahagia yang kemudiannya bertukar menjadi derita itu apabila tiba-tiba saja salah seorang daripada mereka mula hilang keseimbangan badan dan terjatuh daripada traktor.

Seorang lagi cuba untuk membantu namun malang menimpa apabila kedua-dua beradik itu kemudiannya terjatuh lalu dilenyek oleh traktor.

Menurut Gonzalez, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius dan terpaksa menerima rawatan kecemasan.

Selepas itu, kedua-duanya dikejarkan ke hospital dekat bandar Mariscal Estigarribia, 180 kilometer dari tempat kejadian, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dipindahkan ke bandar Concepcion yang dipercayai merupakan tempat kelahiran mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram