ENAM warganegara Vietnam ditemui mati di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada petang Selasa.
Polis dikejutkan dengan insiden itu di Hotel Grand Hyatt Erawan kira-kira pukul 5.30 petang.
Mereka menemukan tiga wanita dan tiga lelaki di dalam sebuah bilik hotel, namun tiada tanda-tanda pergelutan dan lebam pada badan mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Stuntman' Rusia maut 'terlipat' jatuh 6 meter lepas buat aksi berbasikal atas tali
BACA LAGI: [VIDEO] Baru umur 20 tahun, Thomas Matthew Crooks dikenal pasti suspek penembak cubaan bunuh Trump
Polis berjalan memasuki lobi hotel lokasi enam ditemukan mati dipercayai diracun. — Agensi
Bagasi kesemua mangsa ditemui berhampiran pintu depan yang secara kebetulan terbuka kerana mangsa sepatutnya mendaftar keluar pada Selasa.
Laporan Khaosod menyebut, pada mulanya, empat mayat ditemukan di meja makan, manakala dua lagi di dalam bilik tidur dengan terdapat tanda-tanda minuman teh dan kopi digunakan.
Pegawai penyiasat mengesahkan kesemua mangsa merupakan warga Vietnam dengan dua daripadanya memiliki kerakyatan Amerika Syarikat.
Laporan menyatakan bahawa mereka meninggal dunia akibat diracun, namun belum dipastikan sama ada atas keinginan sendiri ataupun perbuatan khianat.
Srettha melawat Hotel Grand Hyatt Erawan Hotel yang menjadi lokasi enam ditemukan mati dipercayai diracun. — Agensi
Akhbar Thailand, Matichon dan media Thai lain pada awalnya melaporkan kejadian itu sebagai insiden tembakan.
Bagaimanapun polis menolak laporan awal media Thai mengatakan bahawa enam orang mati ditembak dalam insiden tembakan.
“Tiada tanda berlaku insiden tembakan” katanya tanpa mengulas lanjut.
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Tavisin mengarahkan supaya insiden itu disiasat. — Agensi