DUNIA pernah dikejutkan dengan tindakan seorang banduan di Brazil pada 2019 yang cuba melarikan diri dengan taktik penyamaran.
Clauvino da Silva, 42, seorang ketua sindiket dadah di Brazil cuba untuk melarikan diri daripada penjara dengan menyamar sebagai gadis namun percubaannya itu tidak berjaya.
Sebuah rakaman mendapati Da Silva, atau dikenali sebagai Shorty ketika itu cuba menyamar sebagai anak perempuannya berusia 19 tahun yang dikatakan ingin melawatnya di penjara.
Bizarre footage from 2019 shows a Brazilian inmate named Clauvino "Shorty" da Silva after he attempted to escape from prison by dressing up as his teenage daughter, who was scheduled to visit him that day. His attempt was unsuccessful, and he was found dead in his cell a few days... pic.twitter.com/zGqfCYCNNT
— Morbid Knowledge (@Morbidful) May 7, 2024
Da Silva kemudiannya memakai rambut palsu, topi silikon, baju dalam wanita berwarna hitam serta baju t-shirt ketat yang mempunyai gambar tiga biji donat.
Akan tetapi percubaannya melarikan diri pada hari Sabtu itu tidak berhasil apabila dihidu oleh pegawai penjara lalu menangkapnya. Da Silva ditahan oleh pihak penjara sebelum diminta mencabut semua yang dipakainya di depan kamera.
Gagalnya percubaan Da Silva untuk melarikan diri itu diraikan seperti kejayaan oleh pegawai penjara. Mereka kemudiannya menyebarkan rakaman video tersebut kepada pihak media.
Dek kerana gagal untuk melarikan diri, Da Silva kemudiannya bertindak luar jangka apabila membunuh diri sewaktu di dalam penjara.
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas dia 'kantoi' tidak berjaya melarikan diri daripada penjara. Kematiannya telah memberi kesan buruk kepada Brazil ketika itu kerana isu kebanjiran banduan dalam penjara negara Amerika Latin tersebut.
Da Silva merupakan sebahagian daripada ahli sindiket dadah Brazil yang dikenali sebagai Red Command. Dia sepatutnya dijatuhkan hukuman penjara selama 73 tahun akibat kesalahan berkaitan bahan terlarang tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram