
KEADAAN ekonomi di negara haram Israel semakin parah selepas 46,000 perniagaan dilaporkan terpaksa ditutup sejak tentera Zionis melancarkan serangan ke Palestin susulan serangan 7 Oktober 2023.
Statistik itu dikeluarkan syarikat Coface Bdi yang menganalisis data serta informasi berhubung ekonomi di negara berkenaan bagi tempoh kira-kira 35 tahun.
Berdasarkan laporan tersebut, 77 peratus atau 35,000 daripada perniagaan ditutup adalah bisnes kecil-kecilan dengan masing-masing secara purata memiliki tidak lebih daripada lima orang pekerja.
BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia, hantar pasukan pengaman ke Palestin
BACA LAGI: Isyarat 2 jari bukan petanda isu gaji melanda KDN, sebaliknya hanya tanda solidariti buat Palestin
Perniagaan kecil-kecilan merupakan antara sektor yang terkesan. — Agensi
Penilaian dibuat turut mendapati industri binaan, termasuk penghasilan bahan seramik, pendingin hawa dan aluminium merupakan yang paling terjejas.
Malah, laporan akhbar di negara haram itu mendapati sektor perniagaan seperti pakaian, perabot dan perkhidmatan turut mengalami kesan daripada masalah ekonomi mereka.
Tidak cukup dengan itu, serangan dilancarkan yang melancarkan peperangan turut memberi kesan terhadap kehadiran pelancong kerana orang ramai risau akan tahap keselamatan mereka.
Masalah berkenaan dijangka terus memberi tekanan terhadap ekonomi negara haram Israel dengan penutupan berterusan akan memberi impak terhadap penduduk mereka.
"Dalam satu kaji selidik dilakukan, kira-kira 56 peratus daripada pengusaha mendapati aktiviti perniagaan mereka kian merosot sejak serangan ke atas Palestin dilancarkan," lapor agensi akhbar di negara itu.
Sekiranya isu tersebut berterusan, hasil dapatan kajian menjangkakan sebanyak 60,000 perniagaan terpaksa ditutup menjelang akhir 2024.
Perkara itu sudah tentu akan menyekat suntikan ekonomi terhadap sektor pertahanan negara haram tersebut, sekali gus mengurangkan serangan rejim Zionis terhadap Palestin. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
Sejauh manakah artikel ini memberi manfaat?
100% pembaca mendapati artikel ini bermanfaat