Isyarat 2 jari bukan petanda isu gaji melanda KDN, sebaliknya hanya tanda solidariti buat Palestin


  • Podium
  • Isnin, 24 Jun 2024

Barisan pemain Kijang Emas meraikan kemenangan mereka dengan isyarat dua jari dalam kemenangan 1-0 berdepan PDRM FC pada Ahad. — Facebook/KDNFC

KELANTAN Darul Naim (KDN) FC boleh menarik nafas lega apabila berjaya meraih tiga mata penuh buat julung kalinya dalam saingan Liga Super 2024 selepas menewaskan PDRM FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.

Gol kemenangan 1-0 di hadapan penyokong sendiri itu dihadiahkan oleh pemain tengah KDN FC, Oday Ali Kharoub yang menjadi penyelamat melalui sepakan penalti pada minit ke-28.

Terkejut dengan jaringan tersebut, PDRM FC yang mahu bangkit dengan melancarkan beberapa serangan nampaknya tidak berhasil untuk mematahkan benteng pertahanan skuad kendalian Rezal Zambery Yahya itu.

BACA LAGI: Tepat masanya, Nafuzi pertahan lambat masukkan Syafiq Ahmad dan Ebenezer Assifuah

BACA LAGI: [VIDEO] Euro 2024: Retak tulang pipi, kemenangan Hungary terpaksa 'dibayar dengan harga mahal'

WhatsApp Image 2024-06-24 at 15.18.39 (1)

Oday yang menunjukkan isyarat dua jari muncul wira selepas membantu KDN FC tundukkan PDRM FC di Kota Bharu. Facebook/KDNFC

Jaringan tunggal yang dihasilkan oleh import kelahiran Palestin itu nampaknya menceriakan penyokong Kijang Emas.

Meskipun meraih kemenangan pertama aksi Liga Super, terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa KDN kini dilanda kemelut isu gaji.

Ia berikutan selepas barisan pemain Kijang Emas meraikan kemenangan mereka dengan isyarat dua jari yang pastinya menimbulkan persoalan mengenai mesej yang cuba disampaikan mereka.

Malah, terdapat juga penyokong yang menyutarakan kebimbangan mereka di ruangan komen Facebook KDN FC.

"Guano min, gaji tertunggak ke isyarat dua jari tu," kata Sayuti Mansor.

Susulan itu, tampil menjernihkan spekulasi tersebut di ruangan komen, admin Facebook KDN FC mendedahkan bahawa isyarat tersebut tidak mempunyai kaitan dengan isu gaji.

Malah, isyarat dua jari tersebut membawa maksud solidariti untuk Palestin.

"Setakat ini tiada tertunggak lagi, lambang itu lambang free Palestin," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram