TINDAKAN seorang peniaga di Hanoi, Vietnam menghalau satu keluarga pelancong yang didakwa berasal dari negara haram Israel dan berbangsa Yahudi menerima pujian dalam kalangan warga maya baru-baru ini.
Manakan tidak, peniaga itu dilihat lebih rela menanggung kerugian daripada menerima pelanggan berkenaan gara-gara kekejaman yang dilakukan rejim Zionis ke atas Palestin.
Bukan itu sahaja, pemilik premis berkenaan turut kelihatan tegas dalam menyatakan solidariti bersama Palestin dengan meletakkan pelekat 'Free Palestin' di papan tanda kedai.
BACA LAGI: [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China
Melalui video yang dimuat naik laman media sosial X memaparkan pengusaha restoran berkenaan menghalau keluarga tersebut.
"Keluar kamu dari sini, saya tidak mengalu-alukan kamu di restoran saya.
"Jangan duduk di kedai saya. Kami hanya terima manusia dan binatang seperti anjing dan kucing sahaja.
"Jangan datang ke restoran ini. Premis ini hanya untuk manusia, anjing dan kucing. Kamu bukan manusia. Pergi kamu!" katanya.
(KLIK LINK UNTUK TONTON VIDEO)
Bukan itu sahaja, peniaga tersebut sempat memerli dan berkata dia bimbang bom jatuh tiba-tiba ke arah kedainya sekiranya keluarga itu memasuki premisnya.
Difahamkan, video tersebut dirakam oleh pelancong tersebut yang tidak berpuas hati selepas dihalau.
Pemilik rakaman tersebut sempat bertanyakan kepada peniaga tersebut adakah dirinya akan dianggap manusia sekiranya dia merupakan seorang Yahudi.
Geram dengan tindakan pemilik restoran tersebut, pelancong itu bertindak merakam wajah ahli keluarga peniaga bersama lokasi restoran dengan harapan premis tersebut diboikot pelanggan lain.
Begitupun, di laman X, premis dikenali Railway Tuan Cafe — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram