KONFLIK di Timur Tengah memasuki fasa baharu selepas terdapat laporan mengatakan tentera Zionis bersedia untuk melancarkan serangan ke atas negara jiran, Lubnan.
Perkara itu hangat dibincangkan selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memuat naik sebuah video di media sosial yang mengatakan pihaknya akan mengambil segala bentuk pendekatan demi menjamin kemenangan.
Ini selepas dia bertemu beberapa anggota tentera Zionis di sempadan Utara negara haram Israel, sekali gus meningkatkan ketegangan antara negara di rantau tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Pejuang Hizbullah balas dendam, lancar puluhan serangan roket ke utara Israel
BACA LAGI: Tentera Israel akui sukar hapus Hamas, berbalah pendapat dengan Netanyahu
Lawatan itu turut dihadiri beberapa pegawai tertinggi negara berkenaan selepas Menteri Pertahanan baharu, Yoav Gallant berada di Washington, Amerika Syarikat (AS) untuk pertemuan bersama pemimpin tertinggi mereka.
Menurut perkembangan yang dikongsikan media antarabangsa, terdapat desakan untuk menyelesaikan ketegangan antara rejim Zionis dengan Hizbullah yang berpangkalan di Iran.
Walaupun lebih bertumpu di negara republik itu, serangan masih boleh tercetus sekitar Lubnan sekiranya tiada usaha untuk menenangkan keadaan secara diplomatik.
Bagaimanapun, situasi berbeza kini dapat disaksikan selepas kelihatan latihan diadakan tentera Zionis di sempadan Lubnan-Israel yang menimbulkan ketegangan antara kedua-dua negara berkenaan.
Berdasarkan laporan dikeluarkan, persiapan itu dibuat untuk menghadapi 'senario ekstrem', termasuk bertempur dalam suasana berbeza dan mencabar.
Selain itu, ketegangan antara negara haram Israel dan gerakan Hizbullah di Lubnan semakin dirasai selepas adanya lawatan Presiden Israel, Isaac Herzog di kawasan itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram