PEMANDU lori balak yang melanggar seorang wanita hingga menyebabkan kecederaan parah di Gua Musang, Kelantan sebenarnya tidak mempunyai lesen memandu, lapor Buletin TV3.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, saman sudah dikeluarkan kepada pemilik lori itu keranan kesalahan tersebut.
Kejadian yang berlaku pada Selasa sekitar 11.20 pagi tersebut menyebabkan Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, cedera parah ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tersepit bawah tayar kereta ditimpa kayu balak dekat Gua Musang
Semoga adik tu terselamat. Kesian sungguh dia.
Benda ngeri ni memang kita selalu terbayang (aku la) tapi jarang berlaku.
Kejadian balak jatuh dari lori, dipercayai di Gua Musang.
Kita harap @anthonyloke @MOTMalaysia dan @anwaribrahim lebih serius dalam menangani kisah-kisah... pic.twitter.com/vwNiPAMLLm
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) July 9, 2024
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerna memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan," kata Choon Foo.
Siti Norelyana mengalami kecederaan patah tulang punggung dan tulang rusuk akibat dihempap oleh kayu balak yang terjatuh daripada lori.
Dia yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dekat Bandar Utama Gua Musang turut cedera parah di hati, limpa, hempedu dan usus.
Kayu balak tersebut terpisah daripada lori akibat turn table sudah patah menyebabkan ia tergolek lalu menghempap mangsa.
Motosikal yang ditungganginya juga mengalami kerosakan teruk akibat kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram