[VIDEO] Penunggang wanita dihempap kayu balak di Gua Musang kritikal, tunang perjelas dakwaan mangsa mengandung hanya fitnah


  • Massa
  • Rabu, 10 Jul 2024

Mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan lori balak di Gua Musang, Kelantan pada Selasa.

SEORANG lelaki mendakwa dirinya adalah tunang kepada wanita yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Gua Musang, Kelantan pada Selasa muncul memberi penjelasan lanjut berhubung keadaan terkini mangsa.

Menerusi video dimuat naik di TikTok @nescafe_hot pada Rabu, lelaki tersebut menafikan dakwaan mangsa dalam keadaan sarat mengandung ketika kejadian.

Menurutnya, mangsa yang bernama Siti Norelyana Kamaruzan, 21, meminta jasa baik orang ramai agar tidak membuat dakwaan tidak betul terhadap keadaan mangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tersepit bawah tayar kereta ditimpa kayu balak dekat Gua Musang

BACA LAGI: Bapa Baby Syifa ditahan polis, disyaki terlibat kes seleweng yuran guaman

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan, mangsa yang dirawat di hospital di Kota Bharu, Kelantan kini berada dalam keadaan kritikal.

"Saya tunang dia minta tolong sangat jangan sebar maklumat tidak tepat. Mangsa tidak mengandung sama sekali, saya tunang dia, saya tahu.

"Mana saya nak letak air muka saya kalau semua cakap dia mengandung," luahnya.

Sebelum ini, satu kemalangan ngeri berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal wanita dirempuh kayu balak bersaiz besar yang jatuh dari sebuah lori yang sedang bergerak dalam kejadian dekat sebuah persimpangan lampu trafik dekat Gua Musang pada Selasa.

Wanita berkenaan dilihat sedang menaiki motosikal dan menunggu isyarat lampu trafik di lorong kanan persimpangan terbabit.

Bagaimanapun, beberapa batang kayu balak bersaiz besar kemudian secara tiba-tiba terjatuh ke arah laluannya dari arah seberang jalan dan merempuh tubuh wanita berkenaan.

Impak daripada rempuhan berkenaan, wanita berkenaan dilihat terseret di atas jalan sebelum tersepit di bawah tayar kenderaan pacuan empat roda yang berada di sebelahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram