Usia bukan penghalang, 'Spider-Man' jalin hubungan bersama model kacukan Malaysia


  • Hiburan
  • Selasa, 09 Jul 2024

Foto dirakam menunjukkan Maguire memegang lengan Lily ketika mereka mahu beredar daripada acara berkenaan sekali gus mencetuskan spekulasi tentang status hubungan mereka.

PELAKON Hollywood yang terkenal dengan membawa watak Spider-Man, Toby Maguire,49, dilaporkan sedang menjalin hubungan percintaan bersama model, Lily Chee, 20, yang memiliki darah kacukan Malaysia.

Berita mengenai perkara itu tersebar selepas pasangan terbabit dilihat bersama menghadiri sebuah acara pesta anjuran jutawan, Michael Rubin, baru-baru ini.

Foto dirakam menunjukkan Maguire memegang lengan Lily ketika mereka mahu beredar daripada acara berkenaan sekali gus mencetuskan spekulasi tentang status hubungan mereka.

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

BACA LAGI: Jangan kerana tewas PRK Sungai Bakap, Kerajaan Perpaduan tarik 'handbrake' laksana dasar ekonomi tak popular

Perkembangan terbabit turut mencetuskan perdebatan di ruang awam ekoran perbezaan umur 29 tahun antara kedua-dua pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Lily merupakan model sedang meningkat naik yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Lily dilahirkan di Atalanta dan dengan bapanya adalah merupakan kelahiran merupakan keturuan China-Malaysia manakala ibunya pula ialah keturunan Ireland dan Scotland.

photo1720512974

Lily memegang status kewarganegaraan AS. — Agensi

Dia juga dikenali sebagai pempengaruh di media sosial dengan pengikut seramai 1.5 juta di Instagram dan mempunyai pengaruh yang kuat di TikTok dan YouTube.

Bersama seorang adiknya yang lebih muda, Mabel,18, dan Nuala, 15, ketiga beradik itu dicanang sebagai bakal pengganti kepada ikon keluarga model seperti Hadid dan Jenner di dunia Hollywood.

Dalam pada itu, bekas isteri, Maguire, Jennifer Meyer tampil mempertahan bekas suaminya dengan mengatakan bahawa pelakon terbabit cuma menghulur bantuan kepada Lily sewaktu mereka dilihat bersama.

Ujarnya, Maguire cuma membawa model berkenaan ke kereta dan menyifatkan Maguire sebagai seorang lelaki yang budiman. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram