Empat mahkamah majistret keluarkan waran tangkap terhadap Norjuma Habib


Waran tangkap terhadap Norjuma dikeluarkan selepas dia tidak muncul apabila kesnya disebut sebanyak tiga kali.

EMPAT Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.

Sebutan kes itu berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

Waran tangkap itu masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim selepas Norjuma dan penjamin iaitu adiknya tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut beberapa kali.

BACA LAGI : Majoriti sedia jadi gelanggang neutral, Isham Jalil masih tunggu Rafizi

BACA LAGI : Peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah, jelas Ahmad Maslan

Ketika kesnya disebut di hadapan Illi Marisqan, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memohon waran tangkap selepas Norjuma tidak muncul selepas kesnya disebut sebanyak tiga kali.

"Sekarang sudah pukul 11.21 pagi namun tertuduh, penjamin mahupun peguamnya tidak muncul dan saya memohon waran tangkap dikeluarkan," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 26, 29, 30 Julai serta 2 Ogos ini untuk sebutan waran tangkap.

Usahawan tudung berusia 44 tahun itu kebetulan sempat dirakam oleh lensa kamera petugas media yang menunggunya seawal pukul 8.30 pagi.

KUALA LUMPUR, 27 Jun -- KUALA LUMPUR, 27 Jun -- Empat Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed kerana gagal hadir prosiding sebutan semula tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat yang dihadapinya antara 2017 dan 2023.Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim, Illi Marisqa Khalizan, Fatin Dayana Jalil dan Nurul Izzah Shaharuddin masing-masing mengeluarkan waran tangkap itu terhadap Norjuma, 44, selepas wanita itu dan penjaminnya tidak muncul di kamar mahkamah walaupun namanya dipanggil beberapa kali oleh jurubahasa sejak prosiding bermula pada 9 pagi.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penampilan terbaharu Norjuma yang hadir di Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.

Norjuma dilihat hadir bersendirian memandu kereta berwarna hitam kira-kira 10.30 pagi, namun tidak memasuki petak parkir berhampiran kompleks mahkamah yang digunakan oleh orang awam.

Sebaliknya, usahawan selebriti itu terus meletakkan kenderaannya di tangga pintu utama kompleks menyebabkan pihak keselamatan mahkamah memintanya mengalihkan kenderaan ke tempat yang disediakan.

Norjuma kemudian berpatah balik ke keretanya sambil melambai tangan kepada petugas media sebelum dilihat beredar dari kompleks mahkamah.

Pada 25 April lalu, usahawan tudung itu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Mengikut pertuduhan pertama, bekas personaliti televisyen itu didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang pada 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara pada 3 petang, 29 Mac 2018 lalu.

1532779

Norjuma hadir ke mahkamah pada Khamis namun beredar selepas berpatah balik ke keretanya.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Tiga pertuduhan terbabit dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi dua lagi kes mengkhianat, wanita itu didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan CCTV milik sebuah kondominium, dengan anggaran kerugian berjumlah RM4,700 di Taman U-Thant pada pukul 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Kes dibuat Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram