[VIDEO] Ambulans bawa pesakit diarah berhenti, matikan siren beri laluan kepada Jokowi


  • Benua
  • Khamis, 27 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang pesakit yang terlantar di dalam ambulans ditemani ahli keluarganya di Indonesia baru-baru ini.

SEBUAH ambulans membawa seorang pesakit terpaksa memberhentikan kenderaan itu demi memberi laluan kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @NinzExe07 pada Rabu, ambulans tersebut membawa seorang pesakit yang terlantar dengan dua lagi ahli keluarganya dalam kejadian di Sampit, Kalimantan Tengah, Indonesia.

"Bismillah. Nasib di negara Konoha. Pesakit dibawa menaiki ambulans, disuruh tutup siren dan ke tepi hanya demi pengiring Jokowi yang lalu. Macam mana kalau pesakit mati! Apa? berlaku di Sampit!," tulisnya.

BACA LAGI: Terkejut polis buat rondaan, pemuda Kelantan lemas terjun sungai di Bachok

BACA LAGI: Ambil guru memandu tanpa SPM, 3 faktor jadi kebimbangan andai syarat sementara itu dilanjutkan MOT

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

potongan_video_ambulans_membawa_pasien_terhenti

Selepas tularnya video tersebut, Pemangku Timbalan Biro Media Akhbar Sekretariat Presiden, Yusuf Permana kemudiannya tampil membuat permohonan maaf terhadap individu yang terlibat ketika kejadian.

Yusuf berkata, secara asasnya mengikut prosedur, pihaknya sememangnya memberi keutamaan kepada ambulans dan tidak akan menghalangnya.

"Kami memohon maaf kepada keluarga dan masyarakat atas kejadian ini, dan akan selalu mengingatkan kepada seluruh anggota keselamatan," katanya pada Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa memastikan pasukannya sentiasa diingatkan untuk mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) ketika mengiringi Presiden Jokowi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram