PENDUDUK berdepan detik-detik cemas apabila sebatang pokok tumbang dan menghempap salah seorang daripadanya ketika helikopter dinaiki Presiden Indonesia, Joko Widodo mendarat di Dataran Raha, Sulawesi Tenggara, Indonesia pada Rabu.
Dalam kejadian itu, seramai tiga lagi penduduk dilaporkan mengalami sesak nafas kerana berkumpul terlalu ramai semasa mahu menyambut kedatangan presiden yang lebih mesra dengan Jokowi.
Pemangku Timbalan Biro Media Akhbar Sekretariat Presiden, Yusuf Permana berkata, antara mangsa dikenal pasti iaitu Rezky Indah Permatasari, 32; Kheisya, 15; Salsabila, 14 dan Mahdiah Safitri.
BACA LAGI: Ada unsur khianat, polis sahkan tumpahan diesel punca kereta terbabas, berpusing di Klang
"Rezky cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Dr Baharudin, Kabupaten Muna. Sementara itu, tiga lagi mangsa yang sesak nafas dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya, lapor Agensi.
Dalam pada itu, Yusuf berkata, Rezky akan menerima wang sumbangan sebanyak RM2,939.72 termasuk tiga paket barangan dapur, manakala tiga lagi menerima RM1,479. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram