[VIDEO] Satu stadium bersorak, 'Abang Komando' selamatkan wanita jatuh pengsan


  • Tular
  • Ahad, 11 Feb 2024

Mayor Teddy mengangkat wanita yang pengsan ketika ceramah politik calon Presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto-Gibran di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta baru-baru ini.

SUASANA cukup meriah kini di Indonesia apabila seluruh negara republik itu sedang dilanda demam Pilihan Raya Presiden Indonesia (PilPres).

Pelbagai calon sedang berusaha untuk meraih undi supaya akhirnya salah satu daripada mereka dapat menggantikan Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.

Dalam tempoh berkempen, pastinya setiap calon akan mengadakan rapat umum dengan mengadakan ceramah politik di tempat terbuka dengan dihadiri ribuan penyokong seperti dekat stadium.

Apabila berada di tempat seperti stadium dengan kehadiran sebegitu ramai, pasti akan ada hadirin yang mengalami situasi sesak nafas dan itulah yang terjadi ketika kempen salah seorang calon iaitu Prabowo Subianto-Gibran.

Ketika kempen yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta baru-baru ini, salah seorang penyokong wanita Prabowo tiba-tiba pengsan akibat sesak nafas sewaktu mendengar ceramah politik calon tersebut.

Apa yang menariknya adalah, orang kanan Prabowo yang sentiasa menjaga keselamatannya iaitu Mayor Teddy.

Mayor Teddy merupakan seorang yang dikenali di Indonesia kerana menjadi pengawal keselamatan kepada Prabowo sambil mempunyai susuk tubuh yang tegap.

BACA LAGI: Sampai kena terapi, Saddil Ramdani bergenang mata emoji tak dapat ikut Sang Badak terbang ke Australia

BACA LAGI: Luqman Hakim nekad jadi ‘top scorer’ seluruh Jepun lepas sah diperkenal secara rasmi YSSC Yokohama

Mana tidaknya, Teddy merupakan seorang bekas tentera Indonesia yang berpangkat komando dan pernah mendapatkan pendidikan ketenteraan di Amerika Syarikat.

Rakaman yang tular itu menyaksikan tindakan pantas Teddy membawa perempuan tersebut ke tempat selamat menjadi perbualan hangat warganet.

Ramai yang menyangka situasi tersebut berlaku ketika sebuah acara sukan kerana ia berlaku di stadium tetapi sebenarnya terjadi sewaktu acara kempen politik.

Tidak hairanlah, peminat sukan khususnya wanita terpesona dengan tindakan Teddy sehingga menyebabkan video itu tular di laman X sejak Sabtu.

Selain daripada Prabowo, terdapat dua lagi calon untuk menjadi Presiden Indonesia baharu iaitu Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram