SEBUAH pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) terpaksa berpatah balik selepas mengisytiharkan mengalami kecemasan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand pada Isnin.
Penerbangan pesawat MH780 itu dikatakan berdepan kecemasan selepas berada pada ketinggian kira-kira 40,000 kaki di udara ketika masih di semenanjung Malaysia.
MAS kemudiannya mengesahkan bahawa berlaku masalah teknikal melibatkan tekanan pada kabin pesawat tersebut.
BACA LAGI: MAA tawar ganjaran RM3,000 jejak lelaki Myanmar cakap Melayu muat naik video lapah kucing
BACA LAGI: Nasib 6 Ahli Parlimen BERSATU diketahui dalam tempoh 21 hari lagi
Laluan pesawat MAS yang berpatah balik ke Kuala Lumpur. — Twitter
"Juruterbang memulakan pendaratan kecemasan walaupun ketinggian pesawat tidak terlalu tinggi.
"Pesawat itu kekal stabil dan kembali ke KLIA di mana ia selamat mendarat pada pukul 8.18 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Perkara itu sekali gus menimbulkan rasa bimbang kepada orang ramai kerana teringat akan peristiwa hitam yang menimpa pesawat MH370 dan MH17.
"Tiba-tiba jadi shaking baca ni, masih trauma dengan kes MH370 dan MH17. Alhamdulillah kalau semua selamat, syukur," tulis @NuyulUyul14.
"Selamat mendarat semua penumpang di KLIA," tulis @gasxsfsk.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak MAS berhubung perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram