MENJELANG tibanya Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, umat Islam di seluruh negara pastinya sedang sibuk menyempurnakan persiapan masing-masing.
Waktu yang berbaki ini juga menjadi tempoh paling penting untuk peniaga bagi merancakkan aktiviti perniagaan terutamanya yang terlibat dalam jualan kelengkapan raya.
Di tengah-tengah kesibukan tersebut, tular satu video memaparkan sekumpulan penguat kuasa yang bertindak menyita barangan niaga baju raya di sebuah tapak perniagaan bazar hari raya di Senawang, Negeri Sembilan.
Klip mengenai insiden berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama, senyumkp pada Khamis.
Menerusi video tersebut, anggota penguat kuasa dilihat sedang membawa keluar barangan dari sebuah khemah perniagaan.
Berdasarkan kapsyen pada hantaran tersebut, tindakan sita itu difahamkan melibatkan premis perniagaan yang diusahakan warga asing.
"Kena sita warga asing," tulis senyumkp sambil turut diiringi dengan tanda pagar #senawangproblem.
Di sebalik tindakan tegas yang dilakukan oleh penguat kuasa tersebut, terdapat ramai dalam kalangan warga maya dilihat bersimpati terhadap perkara yang berlaku itu.
Malah di ruangan kome, rata-rata daripada mereka didapati tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tersebut.
"Lagi berapa hari sahaja nak hari terakhir puasa. Bagi sahajalah peluang sama-sama cari rezeki," tulis N/N.
"Sedihnyaa...Berapa hari lagi nak berniaga macam ini jadi nasib peniaga. Moga diberikan rezeki lain buat mereka," ujar CetMet.
BACA LAGI: Pelajar IPTA maut kemalangan kereta bertembung di Kota Tinggi
Majlis Bandaraya Seremban memaklumkan pihaknya mengadakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Bazar Aidilfitri di bazar Aidilfitri, Dataran Senawang pada Rabu. — Facebook/MajlisBandarayaSeremban
BACA LAGI: [VIDEO] Suami isteri dalang perguna OKU promosi pinjaman along, judi di bazar Ramadan Ipoh dicekup
Bagaimanapun, pendapat tersebut ternyata mendapat kritikan cukup pedas daripada beberapa netizen yang menyifatkan perasaan kasihan yang dikongsikan itu seakan-akan tidak bertempat.
Ini kerana secara umumnya, undang-undang Malaysia sememangnya tidak membenarkan pemberian lesen terhadap warga asing untuk berniaga di kawasan perniagaan sedemikian.
"Itu warga asing la kak oii. Nak kesian kenapa pula. Kesian biar bertempat. Sampai ambil hak orang memanglah tak boleh," kata farahdol hijab.
"Mana ada zalim. Pergi mana-mana negara pun kalau buat salah tetap salah jika langgar undang-undang," tulis otaigpfc.
"Bila kes warga asing berniaga viral, dia kata penguat kuasa tak buat kerja. Bila buat kerja kata penguat kuasa kejam," ujar vaticanp.
Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Seremban memaklumkan pihaknya mengadakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Bazar Aidilfitri di Bazar Aidilfitri, Dataran Senawang pada Rabu.
Dalam operasi tersebut, ia memaklumkan terdapat satu tindakan sitaan dilakukan terhadap perniagaan dikendalikan warga asing.
Dalam pada itu, sebanyak 10 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan tidak mematuhi syarat lesen dan satu kompaun untuk kesalahan beroperasi tanpa lesen. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram