Polis Klang tahan lelaki warga asing buat konten lapah kucing


  • 112
  • Rabu, 26 Jun 2024

Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar yang bertindak memuat naik konten dirinya yang sedang melapah seekor kucing baru-baru ini. —Facebook/MAA

POLIS berjaya menahan seorang lelaki warga asing selepas memuat naik video penganiayaan terhadap seekor kucing di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor pada Selasa.

"Kami telah menjalankan siasatan susulan laporan diterima. Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenis Oppo A5 milik suspek untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: MAA tawar ganjaran RM3,000 jejak lelaki Myanmar cakap Melayu muat naik video lapah kucing

BACA LAGI: MAA gesa saksi tampil, buktikan motif lelaki Myanmar makan kucing atau sekadar konten media sosial

2768115

Lelaki warga asing yang memuat naik video tersebut di media sosial. —Facebook/MAA

Beliau berkata, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima maklumat tentang pengadu yang menerima satu video berdurasi 47 saat memaparkan aksi seorang lelaki memotong kaki seekor kucing berwarna putih.

Jelasnya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) sebelum ini menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 kepada individu yang dapat menjejaki seorang lelaki dipercayai warga Myanmar memuat naik video tersebut.

Menurut persatuan itu, lelaki tersebut disyaki merupakan seorang pekerja kedai makanan ringan berhampiran Pasar Borong Klang.

Katanya, satu siasatan menyeluruh berhubung pembunuhan haiwan peliharaan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti kaedah dan niat sama ada ia bertujuan dijadikan makanan atau secara sengaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram