[VIDEO] Tiada angin tiada ribut, pelancong tiba-tiba beduk penunggang wanita di Bali


  • Benua
  • Rabu, 12 Jun 2024

Tangkap layar daripada kejadian yang dirakam memaparkan seorang pelancong secara tiba-tiba memukul penunggang motosikal.

TULAR di media sosial apabila satu kejadian dirakam di Bali, Indonesia memaparkan pelancong asing secara tiba-tiba menumbuk penunggang motosikal wanita.

Dalam klip dikongsikan di Instagram Den Pasar Viral, individu berkulit putih itu kelihatan berada di tengah jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Namun, secara tiba-tiba, dia kelihatan memberhentikan sebuah motosikal dinaiki wanita sebelum memukulnya sehingga terjatuh dari kenderaannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Mati atas katil, tanah runtuh timpa vila di Bali ragut 2 nyawa pelancong

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja p-hailing di Bali terima durian runtuh, jadi 'jutawan' lepas berjaya jumpa barang hilang

Video berdurasi 13 saat itu kemudiannya dipotong, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai nasib kedua-dua watak utama dalam rakaman berkenaan.

Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian saksi kejadian di media Indonesia, pelancong luar negara tersebut difahamkan berlari ke arah berlainan dengan motifnya masih belum diketahui.

"Saya tidak tahu dengan lanjut apakah perkara yang berlaku. Saya hanya datang dan bantu mangsa yang terjatuh serta motosikal miliknya yang tumbang akibat kejadian," katanya.

Jurucakap polis Bali, Agus Pasek Sudina mengesahkan perkara itu, tetapi tiada laporan dibuat daripada mangsa setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram