[VIDEO] Keterujaan tonton konsert bertukar tragedi, 3 maut terjatuh balkoni kaca kelab malam Mexico pecah tiba-tiba


  • Benua
  • Isnin, 10 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik mangsa terjatuh dari tingkat atas ke kawasan dataran bawah bangunan terbabit. — Agensi

SERAMAI tiga individu maut manakala 16 lagi cedera selepas penghadang balkoni kaca di sebuah kelab malam di Mexico pecah secara tiba-tiba pada Sabtu.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dilaporkan terjatuh dari ketinggian 12.2 meter selepas sebahagian daripada penghadang kaca berdekatan venue hiburan di tingkat tiga bangunan berkenaan runtuh.

Ketika insiden, pengunjung di kelab malam dikenali sebagai Rich Club di San Luis Potosi dilaporkan sedang menunggu untuk bermulanya konsert artis terkenal Mexico, Kevin Moreno.

BACA LAGI: 'MP BERSATU berpaling tadah dihentikan keahlian, bukan lucut' — Saifuddin

BACA LAGI: Membazir RM36 juta duit rakyat jika 6 PRK Parlimen diadakan

Kejadian ngeri itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sekumpulan individu terhempas jatuh di dataran bawah bangunan kelab malam tersebut akibat kemalangan itu

Lima daripada 16 mereka yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan parah dan sedang dirawat di unit rawatan rapi setakat pagi Ahad.

photo1718010036

Foto memaparkan pengunjung berada dalam keadaan panik susulan kejadian tersebut. — Agensi

Pegawai bandar tersebut, Jorge Hernandez berkata, pihaknya tidak memberikan kebenaran untuk penganjuran konsert di lokasi terbabit pada malam kejadian.

“Kehadiran orang ramai yang berterusan dan tidak terkawal menghadiri majlis ini menyebabkan salah satu penghadang di tingkat tiga bangunan ini runtuh dan membawa kepada tragedi ini yang meragut nyawa dua orang.

Dua individu yang maut secara tragis dalam kejadian itu dikenali sebagai Manuel Alejandro Infante Puente, 21, dan Rodrigo Espinosa Alonso, 17.

Kawasan kelab malam terbabit ditutup sepenuhnya susulan kejadian itu untuk memberikan laluan kepada siasatan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram