[VIDEO] Lepas insiden 'selfie' di Mexico, tular video wanita degil dirempuh kereta api


  • Benua
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Tangkap layar video penunggang basikal wanita itu dilanggar kereta api kerana ingin berswafoto bersama kenderaan itu.

SEORANG penunggang basikal wanita nyaris maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta api ketika ingin berswafoto bersama kenderaan itu di Uberada, Brazil.

Namun rakaman video kejadian itu baru tular di media sosial selepas insiden membabitkan seorang wanita maut dilanggar kereta api di Barat Laut Mexico City, Mexico pada Isnin.

Menerusi video berdurasi 12 saat di media sosial, kelihatan wanita tersebut berdiri dekat dengan landasan kereta api kerana ingin berswafoto.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga rakan berpelukan, sempat beri amaran kepada pengunjung lain sebelum dihanyutkan arus deras sungai

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak rasa kaki', pemain lawan terjah Alif minta izin melawat

Walaupun pemandu kereta api itu sudah memberikan amaran dengan membunyikan hon, mangsa tidak mengendahkannya lalu meneruskan dengan niat untuk berswafoto itu.

Namun keinginannya itu bertukar tragedi selepas kepalanya tepat mengenai sebahagian daripada badan kereta api tersebut sebelum jatuh tersembam di atas tanah.

Menurut laporan media, kejadian itu berlaku pada April lalu dan video berkenaan tular semula ekoran insiden di Mexico.

Pihak syarikat kereta api terbabit dalam satu kenyataan sebelum ini juga berharap orang ramai lebih berhati-hati semasa berada di landasan kereta api supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

"Kami berharap orang ramai sentiasa berhati-hati jika berada di sekitar landasan kereta api dan tidak terlalu rapat dengan trek.

"Sentiasa mengamalkan jarak selamat di landasan kerana kereta api sentiasa memerlukan ruang yang lebih besar untuk melalui trek," kata kenyataan itu.

Wanita tersebut dilaporkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan luka di bahagian pahanya.

@majoritiofficial

Pelik bila takde guard yang jaga kawasan situ... Memang sekali dentuman terus meninggal perempuan tu! #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #benua #enjintren #mexicocity #trenklasik #cpkc #canadianpacific2816

♬ original sound - Majoriti Official

Sebelum ini, Majoriti melaporkan keterujaan seorang wanita berswafoto dengan sebuah kereta api lama yang bergerak melintasi landasan di sebuah daerah terletak di Barat Laut Mexico City, Mexico bertukar tragedi selepas dia maut terkena bahagian enjin kenderaan pengangkutan terbabit pada Isnin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram