Korea Utara membisu insiden tembakan artileri


  • Benua
  • Isnin, 21 Mac 2022

GAMBAR diambil pada 20 Mac 2022 di Seoul menunjukkan laporan berita berhubung pelancaran artileri Korea Utara. — Agensi

MEDIA rasmi Korea Utara kekal membisu pada Isnin mengenai pelancaran artileri negara itu, lapor agensi berita Yonhap.

Korea Utara pada Ahad dipercayai melancarkan empat pelancar roket berganda dari sebuah lokasi yang tidak dinyatakan di wilayah Pyongan Selatan, dan sasaran jatuh ke Laut Kuning, menurut pegawai tentera Korea Selatan.

Media rasmi termasuk agensi berita pusat Korea dan akhbar Rodong Sinmun, tidak melaporkan sebarang berita mengenai hal itu, seperti ia telah menjadi sebahagian daripada latihan ketenteraan musim sejuk.

Pada kebiasaannya, kejayaan pelancaran peluru berpandu utama dan ujian senjata baharu akan mendapat liputan media.

Sementara itu, menurut Kementerian Perpaduan Korea Selatan, pihaknya akan meneruskan usaha menjamin kestabilan Semenanjung Korea dan membuat persiapan menyeluruh untuk bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan.

"(Kami) sekali lagi mendesak Korea Utara menghentikan tindakan sepihak (unilateral) yang boleh mewujudkan ketegangan dan menggugat keamanan dan kestabilan, serta memilih jalan dialog dan kerjasama yang telah dicadangkan," kata jurucakap Kementerian, Lee Jong-joo dalam sesi taklimat media.

Beliau menegaskan, saling menghormati adalah asas pembinaan hubungan dan telah dipersetujui kedua-dua negara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram