TIGA orang maut dalam kejadian pesawat terhempas di Serpong dekat Tangerang Selatan, Indonesia pada Ahad.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Metro Jaya, Ade Ary Syam Indradi, dalam nahas kapal terbang tersebut, ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah.
"Dua mangsa yang maut masih tersepit dalam pesawat sementara seorang lagi tercampak keluar," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Elektrik putus tiba-tiba lepas mengaji, lebih 30 murid perempuan kena histeria
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki hilang 26 tahun rupanya diculik jiran, dakwa kena sihir sampai tak boleh bercakap
Tiga orang maut dalam kejadian pesawat terhempas di Serpong dekat Tangerang Selatan, Indonesia pada Ahad. pic.twitter.com/WncN3UrHgA
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 19, 2024
Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran sebuah padang dan turut memaparkan keadaan mayat mangsa yang terbaring di lapangan Sunburst Bumi Serpong Damai (BSD).
Pada ekor pesawat itu tertulis kod PK-IFP dipercayai milik Indonesia Flying Club.
Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa Indonesia sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca pesawat itu terhempas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram