CEO bergaji paling mahal di dunia milik ahli perniagaan kelahiran Malaysia


  • Bizz
  • Rabu, 22 Mei 2024

Tan merupakan CEO syarikat semikonduktor, Broadcom Inc.

AHLI perniagaan kelahiran Malaysia, Tan Hock Eng dinobatkan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang menerima pendapatan paling tinggi di Amerika Syarikat (AS) pada 2023.

Tan yang merupakan CEO syarikat semikonduktor, Broadcom Inc. dilaporkan mengatasi Mark Zuckerberg dari Meta Platforms selepas memperoleh ganjaran sebanyak AS$162 juta (RM760 juta) pada tahun lalu, lapor South China Morning Post (SCMP), memetik analisis oleh Wall Street Journal (WSJ) minggu ini.

"Tan, yang merupakan warga AS, ialah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat semikonduktor Broadcom Inc. dan telah mendahului carta gaji sejak 2006 dengan menerima AS$103 juta (RM483 juta) pada 2017," menurut WSJ.

BACA LAGI: Selain bekas Pengerusi Bersih, ada 4 nama dicadang isi kekosongan jawatan Pengerusi SPR

BACA LAGI: Dua reformasi pilihan raya lebih mendesak berbanding isu pelantikan ahli, Pengerusi SPR

Bagaimanapun, pakej gaji itu disertakan dengan beberapa syarat, termasuk stok syarikat mencecah paras tertentu menjelang tahun depan.

Tan juga merupakan ahli lembaga Meta Platforms.

Saham syarikat Broadcom telah meningkat sebanyak 106 peratus sepanjang 12 bulan lalu, membawa kepada permodalan pasaran sebanyak AS$655 bilion (RM3.07 trilion).

Berdasarkan semakan lanjut, Tan merupakan CEO paling mahal dibayar gaji di dunia, mengatasi beberapa nama besar seperti CEO Twitter, Elon Musk dan Tim Cook, CEO Apple Inc. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram