OPERASI pencarian helikopter terhempas dinaiki Presiden Iran, Ebrahim Raisi diperhebat selepas dron Turki, Bayraktar Akinci dilaporkan berjaya mengenal pasti bukti penemuan pada Isnin.
Kenderaan udara tanpa pemandu, dron (UAV) Bayraktar Akinci Turki berjaya menemui punca haba dipercayai serpihan helikopter tersebut.
Susulan tragedi helikopter berkenaan, Kementerian Pertahanan Turki menugaskan UAV Akinci dan helikopter jenis Cougar dengan keupayaan penglihatan malam untuk menyertai aktiviti pencarian terbabit.
BACA LAGI: Tapak nuklear Zionis jadi sasaran Iran jika diserang balas
BACA LAGI: AS minta Iran benarkan Israel serang balas demi jaga maruah — Sumber
Turkish UAV Akinci locates heat source, potentially from the crashed helicopter carrying Iranian President Ebrahim Raisi, other top officials and has relayed the precise coordinates to Iranian authorities — AA pic.twitter.com/qq1IKDFp64
— TRT World (@trtworld) May 20, 2024
Terdahulu pada Ahad, Presiden Raisi dilaporkan menghadiri majlis perasmian sebuah empangan di sempadan Iran-Azerbaijan dengan menaiki sebuah helikopter.
Namun, helikopter dinaiki Presiden Iran itu terhempas ketika ingin melakukan pendaratan pulang dari wilayah tersebut.
Selain beliau, Menteri Luar Negeri Iran, Hossein Amir-Abdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malik Rahmeti dan Imam Ayatollah Ali Hashim dari wilayah Tabriz juga dilaporkan berada dalam helikopter itu.
Pasukan mencari dan menyelamat kini dalam usaha pencarian dan difahamkan mengalami kesukaran akibat cuaca buruk. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram