IRAN mendakwa Amerika Syarikat (AS) meminta republik Islam itu membenarkan serangan balas Israel bagi menjaga 'air muka' rejim Zionis.
Seorang pegawai keselamatan Iran memberitahu The Cradle, serangan itu adalah sebagai simbolik menjaga maruah Israel susulan serangan misil dan dron republik Islam tersebut pada Ahad lalu.
"Iran menerima mesej daripada pihak AS untuk membenarkan Israel melancarkan serangan simbolik bagi menyelamatkan maruah dan meminta Iran tidak menyerang balas," kata sumber yang enggan mendedahkan namanya.
Tambahnya, Teheran menolak usul itu dan mengulangi pendirian bahawa sebarang serangan Israel akan menerima padah yang lebih buruk.
BACA LAGI: [VIDEO] Amerika Syarikat rancang lancar serangan balas terhadap tentera Houthi
Respons itu disampaikan terus oleh pegawai Kor Pengawal Revolusi Islam Iran kepada wakil Switzerland di Teheran yang mewakili AS.
Menurut sumber The Cradle, keputusan itu menunjukkan amaran keras yang ditujukan kepada AS.
"Iran berjaya memalukan rangkaian radar dan sistem antimisil AS dan rejim.
"Malah AS turut gagal mengekang serangan knj walaupun menggunakan satelit bagi melindungi kepentingannya," kata sumber itu.
Bagaimanapun AS belum mengulas tentang dakwaan Iran itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram