[VIDEO] Ada unsur khianat, polis sahkan tumpahan diesel punca kereta terbabas, berpusing di Klang


  • 112
  • Khamis, 16 Mei 2024

Tangkap layar dashcam memaparkan antara kereta yang terbabas dan berpusing dalam kejadian itu.

KEJADIAN melibatkan beberapa kereta terbabas di lorong kanan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah dari arah Bukit Tinggi ke menghala ke bulatan Simpang Lima, Klang, Selangor pada Rabu berpunca daripada tumpahan minyak diesel.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengesahkan terdapat kesan tumpahan minyak tersebut di jalan sehala berselekoh dan mempunyai tiga lorong.

"Terdapat kesan tumpahan minyak diesel di lorong paling kanan dan sehingga kini, hanya seorang pemilik kenderaan yang terbabit tampil membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik, Klang Selatan. Kemalangan membabitkan beberapa kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Bagaimanapun, siasatan juga dijalankan dari sudut jenayah sekiranya terdapat unsur-unsur khianat dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: Anak habis SPM kritikal di ICU, ibu cari saksi nahas langgar lari lori melulu masuk simpang di Pasir Gudang

BACA LAGI: Resort premium khas sesuai jadi 'syurga' warga emas, golongan enggan beli rumah sampai bila-bila

GNm7SqcasAAsFOe

Tangkap layar video memaparkan kesan tumpahan minyak di jalan tersebut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan boleh segera tampil membantu siasatan.

Hoong Fong berkata, kesan tumpahan minyak juga sudah dibersihkan oleh pihak penyelenggaran jalan projek Transit Aliran Ringan (LRT3) dan jalan berkenaan kini selamat digunakan.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati semasa memandu terutamanya di waktu malam dan mematuhi peraturan dan undang lalu lintas yang ditetapkan," tambahnya.

Sebelum ini, tular sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) di media sosial memaparkan beberapa kenderaan terbabas dan berpusing di lokasi terbabit.

Dalam video tersebut, kesemua kenderaan terlibat dipercayai berpunca daripada permukaan jalan yang licin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram