SERAMAI lima mangsa maut dalam tragedi mengerikan selepas tali yang diikat pada sauh tercabut dan melibas penumpang kapal dalam kejadian yang berlaku di Terminal Sadarghat dekat Dhaka, Bangladesh pada 11 April lalu.
Kejadian pada Syawal pertama itu menyaksikan lima terkorban termasuk pasangan suami isteri bersama anak mereka yang berusia empat tahun.
Pengarah Jabatan Keselamatan Maritim dan Pengurusan Trafik Dhaka, Zainal Abedin berkata, terdapat beberapa lagi penumpang yang mengalami kecederaan dalam kejadian pada pukul 3 petang itu.
BACA LAGI: Suhu cecah 42 Celsius, semua sekolah ditutup di Bangladesh
Sepasang suami isteri antara yang menjadi mangsa kejadian tali sauh di Bangladesh. — Agensi
BACA LAGI: [VIDEO] Tengkorak budak 9 tahun retak kena serang warga emas ketika berbasikal ke rumah
Mereka yang tercedera dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Sir Salimullah atau Hospital Mitford untuk mendapatkan rawatan.
Berdasarkan laporan media antarabangsa, kesemua mangsa terkorban meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.
Mangsa dikenali sebagai Md Belal, 30, dan isterinya iaitu Mukta, 24, dan anak mereka Maisha, 4.
Imej menunjukkan seorang anggota bomba memegang tali yang terputus dan meragut lima mangsa di Sadarghat pada 11 April lalu.
Dua lagi mangsa ialah Ripon Hawlader, 38, dan Robiul, 19, masing-masing dari Patuakhali dan Thakurgaon.
Belal bekerja di sebuah kilang pakaian di Gazipur. Dia tinggal di sana bersama isteri dan anak perempuannya dan dilaporkan mahu pulang ke kampungnya pada cuti hari raya.
Dalam rakaman yang tular di laman X (Twitter), ia menyaksikan penumpang di kapal MV Pubali-1 dan MV Tasrif-4 terikat kepada pontun atau paltform terapung dengan tali sauh yang besar.
Namun begitu, tali MV Tasrif-4 terputus dan melibas penumpang selepas kapal MV Farhan-6 cuba melabuhkan sauh ketika kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram