Suhu cecah 42 Celsius, semua sekolah ditutup di Bangladesh


  • Benua
  • Jumaat, 26 Apr 2024

Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 celsius di Bangladesh memaksa kerajaan di negara itu mengambil keputusan untuk menutup operasi persekolahan. — Agensi

SUHU panas melampau sehingga mencecah 42 celsius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.

Pengarah Save The Children Bangladesh, Shumon Sengupta berkata, penutupan sekolah akibat gelombang haba memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak Bangladesh yang merupakan antara kelompok termiskin di dunia.

Semua sekolah dan kolej di negara berkenaan akan ditutup sehingga Sabtu ini.

BACA LAGI: Bukan takat mahu 'survive' raya, pesawah terpaksa tanggung hutang berganda akibat cuaca panas

Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.

Langkah penutupan itu juga selari dengan tindakan India dan Filipina susulan gelombang haba melanda seluruh Asia.

BACA LAGI: Negara berdepan cuaca lebih panas, kering — MetMalaysia

Sementara itu, ribuan penduduk berkumpul di sini untuk berdoa memohon hujan.

Biro Cuaca Bangladesh berkata, purata suhu maksimum di ibu negara sepanjang minggu lalu adalah empat ke lima darjah celsius lebih tinggi berbanding purata 30 tahun untuk tempoh yang sama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram